Baru-baru ini Datuk Aliff Syukri memuat naik gambar sepasang kasut berjenama Louis Vuitton dengan kapsyen "My shoes go to night market".
Berikutan gambar itu, seorang lelaki bernama Zachariah Aidin Druckman atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Zach telah membuat parodi di Facebook sehingga ia menjadi tular dan mendapat perhatian Datuk Aliff. Mari lihat parodi yang sangat melucukan itu.
Bengang dengan parodi itu Datuk Aliff telah bertindak memuat naik status untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap video parodi itu. Menurut status itu Datuk Aliff telah menggelar Cikgu Zach sebagai budak Wechat dan ianya telah mengundang kecaman dari para netizen yang berpendapat Datuk Aliff memang patut disindir kerana sikapnya yag suka menayang segala harta benda. Nah, anda lihatlah sendiri. Pada sesiapa yang tidak mengenali, Zach sebenarnya adalah seorang pensyarah yang selalu memuat naik video untuk mengajar cara sebutan yang betul dalam bahasa inggeris. Jadi, mungkin niatnya hanya nak memberitahu cara sebutan Louis Vuitton yang betul. Datuk Aliff ni pun, kalau tak suka jadi bahan kecaman, hentikanlah muat naik benda yang boleh timbulkan kecaman, betul tak? -CARI
|
bulanbulat: Ensem cikgu ni. Kunyit ke x? {:love
ADVERTISEMENT