Malaysia dilaporkan berada di kedudukan keempat daripada tujuh negara di rantau ini dari segi tahap kegembiraan kerja. Ia merupakan kajian Indeks Kegembiraan Pekerjaan 2017 yang dikalan oleh Jobstreet, Astro Awani melaporkan.
“Malaysia merekodkan 4.65 mata daripada skala 10 mata dengan sejumlah 10,143 pekerja Malaysia yang menyertai kajian tersebut. “Lebih 58 peratus pekerja yang menyertai kajian itu mempunyai rasa neutral hingga gembira di tempat kerja mereka," kata kajian itu. Antara faktor utama menyumbang kepada kegembiraan di tempat kerja ialah lokasi tempat kerja, rakan sekerja yang baik dan reputasi syarikat. “Kajian mendapati pekerja dalam sektor awam, makanan dan minuman, serta industri perubatan adalah paling gembira dengan tempat kerja mereka.
“Dari segi pengkhususan, pekerja yang gembira adalah di bahagian jualan, kejuruteraan, dan penjagaan kesihatan,” kata Jobstreet dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, faktor yang menyebabkan pekerja tidak gembira ialah kepimpinan yang lemah, pembangunan kerjaya kurang dan peluang latihan rendah. Dalam kajian itu, Indonesia menduduki tempat pertama tahap gembira di tempat kerja (5.27 mata), Vietnam (5.19), dan Filipina (4.97 mata) di tempat ketiga.- CARI
|
13
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
5
Sedih |
13
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT