CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makan Buah Memang Baik, Tapi Awas...

16-1-2018 11:25 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 4090| Komen: 0|Original author: Oleh: Zailina

Siapa sahaja tak suka makan buah? Kadang-kadang, ia bukan sahaja pengganti snek yang baik, malah kaya dengan khasiat. Pun begitu, saranan 'Buah Baik Untuk Kesihatan' mungkin perlu ada penjelasan lebih lanjut. 


Kenapa?

Sebabnya, ada jenis buah terlalu manis dan tak baik untuk kesihatan terutama bagi mereka yang diabetik (penyakit kencing manis). Jadi, elok untuk kita tahu serba sedikit tentang buah-buahan yang mudah dibeli di negara kita. 

Antara 8 buah-buahan tinggi kandungan gula seperti dipetik dari Hello Sehat:

1. Nanas
Berdasarkan kuantiti penyajian buah yang disarankan iaitu 150 gram (gm), sepotong mengandungi 15 gm gula, 19 gm karbohidrat, dan 100 kilo kalori (kcal). Ia rendah kolesterol dan lemak tepu. Selain itu, nanas adalah sumber baik bagi thiamin, vitamin B6, tembaga, vitamin C dan mangan (manganese).


2. Epal
Bagi setiap 150 gm yang disarankan, ia mengandungi 16 gm gula, 21 gm karbohidrat, dan 78 kcal. Epal merupakan buah yang kaya dengan antioksidan, seperti flavanoid, dan serat. Fitonutrien dan antioksidan dalam epal dapat membantu mengurangi risiko pengembangan kanser, hipertensi (darah tinggi), diabetes, dan penyakit jantung.


Lazat sebagai snek tapi waspada dengan kandungan gula di dalamnya


3. Pisang
Satu porsi pisang memberikan gula sebanyak 18.5 gm dengan kalori sebanyak 134 kcal dan 35 gm karbohidrat. Pisang merupakan sumber protein, vitamin B6, manganese, kalium, serat, biotin, dan magnesium yang baik.

4. Delima
Satu porsi buah delima segar memiliki kandungan gula sebanyak 21 gm, 15 gm karbohidrat, dan kalori 125 kcal per 150 gm yang disarankan penyajiannya. Sebiji delima saiz sedang memiliki kandungan gula sebanyak 38 gm. Kalau nak tahu, Delima Yaman paling manis. Malah, ia rendah lemak tepu, kolesterol, dan sodium. Delima juga merupakan sumber serat dan folat yang baik, serta tinggi vitamin C dan K.


Makan buah memang baik, tapi awas...


5. Mangga
Setiap satu porsi mangga segar ada kandungan gula hingga 24 gm, 107 kcal energi, dan 28 gm karbohidrat. Tetapi, mangga dapat memenuhi sepertiga jumlah vitamin A harian anda.

6. Anggur
Bagi setiap 150 gm hidangan, anggur hijau mengandungi 12 gm gula, karbohidrat 27 gm, dan banyak kalori hingga mencapai 104 kcal. Sementara itu, anggur merah red globe segar mengandungi gula sebanyak 25 gm, dengan nilai kalori mencapai 120 kcal dan karbohidrat sebanyak 28 gm. Tetapi, anggur merah kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dalam tubuh.


Sebarang buah yang ditinkan di dalam sirap adalah tinggi gula


7. Durian
Berdasarkan sukatan pengambilan sebanyak 150 gm, ia mengandungi 220.5 kalori, lemak 8 gm dan karbohidrat 40.6 gm. Buah durian kaya nutrisi lain, seperti vitamin C, vitamin B-kompleks, protein 2.2 gm, potassium, sodium dan serat. Bagaimanapun, kandungan gulanya hampir menyamai dua mangkuk nasi!

8. Laici
Kandungan gula hingga 29 gm bagi setiap 150 gm hidangan. Laici di dalam tin (bersirap gula) pula tentu mengandungi jumlah gula dan karbohidrat yang lebih tinggi daripada jenis laici dalam ekstrak buah laici asli. Kandungan nutrisi laici dalam tin adalah berbeza, bergantung pada bahan lain yang ada di dalamnya.


Pelbagai pilihan yang enak, berkhasiat tapi kena pandai pilih


Pilihlah buah-buahan berkhasiat agar hidup lebih sihat. Bagi yang sukakan buah-buahan manis, boleh kurangkan minuman atau makanan manis yang lain. Ingatlah, kita bertanggungjawab menjaga tubuh kita sendiri.

Jangan lupa makan buah-buahan dulu sebelum menjamah makanan berat. Ini akan mengelakkan dari masalah penyakit yang ada kaitan dengan perut. Semoga info ini bermanfaat untuk anda! - CARI

7

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.257469 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top