Menjadi seorang selebriti memerlukan seseorang itu untuk sentiasa peka dengan penampilan diri. Ini termasuklah dalam penjagaan bentuk badan. Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz juga tidak ketinggalan untuk mempertingkatkan penampilannya dari seorang yang berbadan kurus kepada tegap atau sado. Penampilannya memang kelihatan sangat kemas dan juga menarik perhatian. Tak keterlaluan dikatakan jika ada ramai gadis yang cair dengan kesegakan jejaka kelahiran Singapura ini.
Meskipun sudah bergelar seorang bapa, namun Aliff bijak menjaga badannya. Aliff juga kerap memuat naik gambar dan video semasa dirinya sedang melakukan aktiviti kecergasan di gim. Ia dikatakan sebagai azam baharunya untuk tahun 2018. Wah, bagusnya! “Salah satu daripada azam tahun baru saya. Untuk meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan dan fizikal, Insya-Allah.” Begitulah yang dikatakan oleh Aliff dalam salah satu videonya. Di samping membina otot dan badan yang tegap, ianya juga bagus untuk kesihatan. Bagaimana pula dengan anda? Tak teringin ke ada badan sado macam ni? -CARI
|
5
Bagus |
5
Marah |
22
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT