'Cair' tak kalau jumpa lelaki yang suka masukkan tangan dalam poket seluar ni? Dengan lagak mendadanya, gaya metropolitan ditambah pula tangan dalam poket seluar atau jaket. Aduh, nampak bergaya pula.
Perasan tak, apabila artis atau mana-mana lelaki bergambar, tangan mereka selalunya berada di dalam poket seluar atau jaket. Ini dikira tabiat atau macam mana? Atau memang memang norma lelaki begitu? 1. Ada gaya Menurut portal ERA, kebanyakan lelaki mengakui, memasukkan tangan ke dalam poket nampak bergaya dan macho. Ala-ala jejaka melayu terakhir. Amboi! Syok sendiri ke tu? 2. Hangat dan selesa Tak kurang juga katanya untuk menghilangkan rasa sejuk. Biasalah apabila cuaca sejuk, bahagian tangan mesti terlebih sejuk. Jadi, apabila meletakkan tangan di dalam poket, barulah terasa lebih hangat dan selesa. Masuk akal juga, kan? 3. Kurangkan gugup Ada juga yang mengatakan, mereka berasa lebih relaks jika memasukkan tangan ke dalam poket terutama ketika sedang memikirkan sesuatu. Malah, ada juga yang mendakwa ia dapat mengurangkan rasa gugup dan stres. 4. Hilangkan rasa janggal Ini lelaki yang cakap tau, mereka dapat hilangkan rasa janggal terutama kalau pergi tempat yang ramai orang tak kenal apabila memasukkan tangan ke dalam poket. 5. Gatal? Ini paling melucukan! Ada yang berkata, tujuan sebenar memasukkan tangan ke dalam poket adalah untuk menggaru tempat tertentu yang gatal. Jadi, sebab tak nak berasa malu mereka masukkan tangan ke dalam poket. Barulah dapat menggaru sepuas hati! Adoi macam-macam alasan orang lelaki ni. Memang semua bro buat macam ni eh? - CARI |
23
Bagus |
19
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT