Ramai tidak tahu sesetengah tabiat kita sebenarnya berkait rapat dengan gangguan mental. Antaranya, mencabut rambut. Perasan tak, kadang-kadang ada orang tak sedar dia sedang ralit mencabut rambut sendiri.
Adakalanya, mereka tidak menyedari sedang mencabut rambut ketika menonton televisyen, bermain dengan telefon pintar atau dalam mana-mana keadaan lain. Aik, takkanlah suka mencabut rambut pun dikaitkan dengan masalah mental, kan? Ya, nampak macam perkara remeh dan biasa dilakukan kebanyakan orang. Tapi, tahukah anda tabiat itu merupakan tanda gangguan psikologi? Menurut WebMD dan MayoClinic seperti dipetik Sirap Limau, 'penyakit' suka mencabut rambut merupakan gejala psikologi Trichotillomania.
Apa itu TRICHOTILLOMANIA? Keinginan kuat untuk mencabut rambut dalam keadaan sedar ataupun tidak. Ia juga dikaitkan dengan impulse disorder dimana rasa ketagih untuk membuat tabiat sama walaupun sedar perbuatannya itu boleh memudaratkan diri sendiri. Contoh impulse disorder lain termasuk ketagihan mencuri dan bermain dengan api. Apa simptomnya? Seperti tidak terkawal, penghidap Trichotillomania akan terus mencabut rambutnya walaupun sedar kepala sudah semakin botak! Selain itu, kelakuan seperti suka memeriksa rambut dari akar dan memintal rambut. Lebih parah, mereka boleh mengunyah bahagian folikel iaitu lapisan pada akar rambut! Bagaimana boleh berlaku? Puncanya masih tidak dapat dikenal pasti. Ada berpendapat bahawa ia berpunca daripada aktiviti otak yang memberi kesan pada emosi, pergerakan dan tabiat tidak terkawal. Mungkin juga disebabkan tekanan perasaan, atau mana-mana emosi negatif seperti kesepian, keletihan dan juga kecewa. Bagi mereka, mengamalkan tabiat seperti ini dapat memberikan kepuasan dan emosi positif. Kenal pasti Trichotillomania Tiada ujian spesifik bagi mengesahkan penyakit ini. Namun, doktor akan merujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan selanjutnya bagi mengelakkan 'impulse disorder' ini daripada membahayakan diri sendiri. Kesan Seperti yang anda tahu, kekerapan mencabut rambut boleh membuatkan kepala menjadi botak. Lantas, menyebabkan pesakit hilang keyakinan berhadapan orang lain serta ingin menyembunyikan bahagian botak tersebut. Macam mana nak rawat? Gantikan tabiat tidak sihat ini dengan tabiat lain. Jika gian mencabut rambut, cuba untuk bertenang dan melakukan perkara lain bagi meredakan keinginan tersebut. Atau boleh cuba menyibukkan diri dengan melakukan perkara lain yang lebih berfaedah. Tanam dalam fikiran bahawa tabiat ini memudaratkan diri serta membuang masa! - CARI
|
3
Bagus |
19
Marah |
15
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sazida replied at 23-1-2018 10:40 AM
{:cryrun situasi iols sekarang mcm gini lah.dah almost 14tahun cmni. Dlm 14 thn tu Setahun 3kali io ...
meteorspeed replied at 23-1-2018 10:54 AM
alamak aku pun sama suka cabut rambut sampai botak..kalu iols stress lagi lebat iols cabut
moonbug replied at 23-1-2018 11:03 AM
We are in the same boat. Ada professional treatment ke masalah ni?
meteorspeed replied at 23-1-2018 11:06 AM
iols pun tak tau..kang g jumpa pakar psikiatrik org kata giler..iols tak tau tue sejenis penyakit
...
moonbug replied at 23-1-2018 11:03 AM
I pun sama. Ramai rupanya ada masalah ni. U pernah consult doc tak? Tak tau mcm mana nak seek help ...
moonbug replied at 23-1-2018 11:03 AM
I pun sama. Ramai rupanya ada masalah ni. U pernah consult doc tak? Tak tau mcm mana nak seek help ...
Sazida replied at 23-1-2018 10:40 AM
{:cryrun situasi iols sekarang mcm gini lah.dah almost 14tahun cmni. Dlm 14 thn tu Setahun 3kali io ...
cewekbopot replied at 23-1-2018 03:41 PM
omaiiiii i'm not alone !!!
kita kna tubuhkan club
meteorspeed replied at 23-1-2018 11:06 AM
iols pun tak tau..kang g jumpa pakar psikiatrik org kata giler..iols tak tau tue sejenis penyakit
...
ADVERTISEMENT