Bukan mudah untuk kita sentiasa kekal positif dalam apa jua keadaan. Setiap manusia akan mengalami pasang surut dalam kehidupannya. Namun Janna Nick nekad untuk menjadi lebih baik dan positif dalam meneruskan hidupnya dan tidak mahu lagi lantang bersuara hingga mencetuskan aura negatif kepada orang sekeliling.
Menurutnya, orang sering berkata dia seorang yang lantang apabila berhadapan dengan kontroversi sebelum ini. Kini dia tidak mahu lagi membawa sifat negatif tersebut dan akan sentiasa terbuka memohon maaf dan ‘move on’ dengan apa yang berlaku terutama sekali perkara yang melibatkan dirinya.
Tambahnya lagi, segala pertelingkahan tidak akan dipanjangkan dan mahu menggunakan pengaruhnya sebagai artis untuk menyebarkan perkara-perkara baik kepada peminat. Penghujung tahun lalu Janna telah pergi bercuti ke Korea dan dia merasakan percutian itu memberikan kesan yang baik dalam dirinya. Dia berjaya memuhasabahkan dirinya dan ingin berubah ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, dia berharap peminatnya juga menanamkan sifat positif ini dalam diri mereka. Bagus Janna Nick! Sebagai ‘public figure’ memang itu sepatutnya yang dilakukan kepada masyarakat supaya dapat menghasilkan banyak manusia yang berjiwa murni di dunia ini. - CARI
|
11
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
perembes replied at 25-1-2018 02:14 PM
janna ni ada berlakon dlm drama jodoh siri 1 tu.. lelkai rebutan ms tu dazrin.. scha .. amera rosli ...
ADVERTISEMENT