Pernah tak anda yang bergelar wanita terasa seperti bahagian badan atau tempat sulit disentuh ketika berada dalam kalangan orang ramai yang bersesak-sesak? Kebiasaannya berlaku ketika berada di pusat beli belah, dalam bas dan lrt atau mana-mana tempat. Apabila keadaan tersebut berlaku, anda hanya terkejut dan berasa ianya hanya kebetulan atau orang tersebut tidak sengaja menyentuh anggota bahagian sulit kalian. Maklumlah, keadaan begitu sesak dan berhimpit-himpit. Jadi, kalian tidak mampu berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja kerana tiada bukti yang kuat. Disebabkan itu, perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan koc khas untuk para wanita agar mereka tidak diganggu dalam bentuk seksual dan selesa ketika berada dalam KTMB. Bagaimana pun, ramai juga golongan lelaki yang tidak menghiraukan dan dengan tanpa rasa bersalah berada dalam koc wanita. Apa yang dilakukan oleh wanita ini, wajar dipuji kerana mempertahankan hak dan keistimewaan yang disediakan oleh KTMB kepada wanita.
Tetapi dia terkilan kerana tiada seorang wanita pun yang membantu dan menyokong tindakannya ketika dia sedang menegur beberapa orang lelaki yang tidak mahu berganjak ke koc lain.
Ramai netizen memuji tindakan wanita itu yang begitu berani menegur lelaki-lelaki yang keras kepala dan enggan berganjak dari koc wanita. Walau pun dia dimaki, dia tidak patah semangat malah tetap berkeras mempertahankan hak. Lagi-lagi ada ibu yang tidak selesa hendak menyusukan bayi kerana lelaki-lelaki tersebut asyik memandang. Patutlah, rupanya ramai lagi lelaki-lelaki yang tak faham kenapa KTMB sediakan koc wanita. Alahai, kesian. Terang lagi bersuluh ditulis koc untuk wanita sahaja! Setuju dengan komen netizen ini, bukan sahaja kes lelaki masuk koc untuk wanita sahaja, tetapi ramai juga lelaki yang seakan tidak faham dan bersikap pentingkan diri apabila berada di mana-mana tempat termasuk klinik kesihatan malah di tandas wanita. Macam mana wanita nak rasa keadaan mereka selamat? |
s@s@ replied at 19-2-2018 11:05 AM
aku penah naik komuter kat bank negara.
aku beratur tempat yang bukan koc wanita.
bila naik semua ...
Victorioussss replied at 19-2-2018 11:21 AM
Kami sebagai wanita mahukan hak samarata seperti lelaki!
Now
paz replied at 19-2-2018 03:19 AM
Salah satu sebab Malaysia susah nak maju. Mentaliti rakyat yang sangat mundur, susah nak di majukan. ...
ADVERTISEMENT