CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pendapatan RM140 Juta, Salman Khan Akui Masih Tak Mampu Kahwin

27-2-2018 03:49 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7377| Komen: 28|Original author: Oleh: Suzy

Salman Khan tidak mahu kahwin? Nak membujang sampai tua ke? Aktor Bollywood terkenal yang disenaraikan antara tiga artis Bollywood terkaya oleh Forbes itu membuat perakuan berani mati tidak mahu berkahwin kerana kos yang mahal katanya.

Aktor berusia 52 tahun itu memberitahu tv online NDTV alasan mengapa dia masih membujang sehingga kini.

"Perkahwinan sudah menjadi sesuatu yang amat besar sehingga orang menghabiskan seluruh masa depannya untuk mengadakan majlis gilang-gemilang. 

"Saya mungkin mendapat banyak duit tetapi perkahwinan adalah di luar batasan saya," katanya.

Foto Carian internet
Ironiknya, Salman pernah mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang amat mewah untuk kakaknya Arpita di Falakuma Palace di Hyderabad empat tahun lalu. Majlis itu dikatakan antara yang termahal di India.

Aktor yang mempunyai pendapatan sebanyak RM145,021,583 pada 2017 itu mempunyai alasan berbeza apabila ditanya soalan sama tahun lalu.

"Saya tidak berkahwin kerana saya masih belum boleh menjadi suami yang baik," katanya.

Mungkin Salman mengunci rapat sebab utama dia belum berkahwin di dalam hatinya. Buat masa kini, peminatnya hanya mampu berdoa supaya Salman bertemu jodoh segera.

Foto Carian internet

Sementara itu, untuk perkembangan terbaru Salman, dia kini sedang dalam pengambaran filem Race 3 yang dibintangi oleh Jacqueline Fernandez, Daisy Shah, Anil Kapoor dan Bobby Deol serta akan muncul dalam filem Bharat dan Dabangg 3. - CARI 
6

Bagus
11

Marah
16

Terkejut
23

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 27-2-2018 04:02 PM
bujang tua la ko Salman.. neway hrp ada sekuel utk filem Kick heols..suka movie tu dgn lagu2nya..
Quote haryatie 27-2-2018 04:09 PM
setakat x kawin/beristeri jerk tp dia org boleh enjoy nak buat apa pun...
Quote CiliPadiSedap 27-2-2018 05:00 PM
ok exclusive untuk salman khan joint andartu club ifanonline
Quote greantea 27-2-2018 05:09 PM
alasan jek tu. kawen x kawen sama jek. bt ape nak berkomitmen kalo boleh bebas
tp moga2 satu hr nnt dia kawen jugak
Quote multinicky 27-2-2018 05:47 PM
apekebende la reporter cari ni..pemalas giler ceduk news yg dh ade thread yg forumer dh tepek.. senang keje ye kakk
Quote BookerT 27-2-2018 10:11 PM
sayang mak hayam salman ni..muka handsome...tapi perangai je la gangster kan india kan nyah? ini kes putus dengan mak hayam ashwarya la ni....sampai sekarang tak nak kahwin...mak tunggu je la berita kau naik haji macam mak hayam amir kan ye nyah...
Quote Kak-Leen 28-2-2018 07:33 AM
52 dah? Akak ingatkan dia 40an ....
Quote Kak-Leen 28-2-2018 07:36 AM
Income besar gitu pun kata x mampu nak kahwin? Bkn ke sana kahwin perempuan yg kasi dowry ?
Quote tombong 28-2-2018 12:24 PM
lemari kah?
Quote samasam90 28-2-2018 06:10 PM
iolls tetibe rasa heolls ada masalah ciknek.. bukan ke ada ura2 heolls mendadih dan dadih tu boleh rosakkan ciknek?
Quote mieymiey 1-3-2018 02:16 PM
Tunang heols ni yang minah Rusia ker mana ntah tu kan? Ker dah putuih?
Quote noryla 15-3-2018 07:35 PM
biler ler kekdahnye nk kawen mamat ni..
aish dah selamat ada anak da pon..
Quote balakkampung 16-3-2018 05:06 PM
kalau umur dah camtu...aku speku salman dah mati pucuk...dia pulak kuat merokok dan minum time muda2 dulu...makan pulak segala ubat nak bagi body cepat kekar selain main gym...effect kuar semua masa tua...
Quote newyork 16-3-2018 06:24 PM
Boleh jadi mati pucuk.. hahah hadoi
Quote jeligoreng 19-3-2018 01:08 PM
Dia ni memang tak pernah kahwin ke?
Quote beeeee 19-3-2018 03:47 PM
kawen ler salman harus la anaks cecomel semuanyaa
Quote lasagna 19-3-2018 05:44 PM
ehh awex mat salleh dia tu apa cer? dah putus kaa camne?
Quote JiEunTak 20-3-2018 08:51 AM
cinta mati ngan aishwarya kot abam man nih...
Quote pngky 20-3-2018 01:42 PM
fikir Salman ni dah berkahwin rupanya masih bujang trang tang tang

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057179 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top