Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Walaupun serba kekurangan, ia tidak menjadi penghalang buat guru ini mengajar, malah dia begitu bersemangat berkongsi ilmu yang ada dengan murid-muridnya.
Kagum sangat dengan semangat guru ini mengajar subjek Teknologi Maklumat (IT) tanpa komputer. Kalau difikirkan, agak susah nak belajar subjek berkaitan komputer tanpa komputer terutama mereka yang memang tidak pernah menggunakan alat elektronik berkenaan. Macam mana dia mengajar tanpa komputer? Owura Kwadwo, guru di Ghana ini mengambil inisiatif dengan melukis gambar monitor komputer berserta butang fungsi untuk memberi pendedahan awal kepada muridnya mengenai komputer.
"Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mengajar, begitu juga saya. Saya sayangkan murid-murid saya dan ini cara saya mengajar mereka untuk lebih faham tentang IT," kata Owura. Tak ramai cikgu akan berbuat sebegini, nampak keikhlasannya sebagai seorang tenaga pengajar. Sekurang-kurangnya, pelajar boleh mendapat sedikit gambaran imej komputer sebelum mereka dapat belajar menggunakan peranti itu. Tak ada lah terpinga-pinga saja nanti, kan? 'Tabik spring' dengan cikgu Owuro ini! Yang menariknya, posting Owura di media sosial dengan kapsyen "Lucu mengajar IT di Ghana, skrin komputer di papan hitam" beserta lukisan yang dimuat naik menarik respon netizen yang kagum dengan usahanya. Malah, ramai yang menghantar pesanan ringkas untuk menderma komputer dan laptop untuk sekolahnya itu. Wah! Nampak tak sesetengah benda baik kalau dikongsi boleh membawa banyak manfaat kepada orang lain. Tahniah untuk Owura Kwadwo, suka dengan semangat dan dedikasi yang dia tunjukkan! - CARI
|
8
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
5
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT