CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Syurga Dunia Di Filipina, Pulau Coron Dah Memanggil Tu!

8-3-2018 03:52 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 5587| Komen: 8|Original author: Oleh: Diba S.

Filipina ternyata memiliki syurganya sendiri. Salah sebuah pulau umpama syurga dunia terletak di Filipina dan dikenali sebagai Pulau Coron.

Coron adalah pulau kecil di Palawan, Filipina yang boleh dicapai kurang dari satu jam penerbangan dari kota Manila, ibu kota Filipina.

Sejak awal perjalanan lagi anda boleh melihat gugusan-gugusan pulau di Palawan yang sangat menawan dari atas kapal. 

Foto:Facebook
Selain Coron, Palawan juga memiliki Pantai El-Nido dan sungai bawah tanah yang terletak di Puerto Princesa, Palawan. 

Jika anda tidak mempunya lesen menyelam anda boleh snorkeling pada hari pertama anda menjejakkan kaki di Coron. 


Foto:Facebook
Antara kawasan sesuai untuk snorkeling ialah Kayangan Lake, Blue Lagoon dan juga Siete Pecados. Aktiviti snorkeling di sini sungguh menyenangkan kerana tiada ombak ganas hasil daripada bentuk mukabumi Coron yang dikelilingi bukit-bukit yang tinggi.

Selain snorkeling anda boleh menghabiskan masa bersantai di pantai-pantai seperti di Banol Beach, Coral Garden dan Sunkenship. Sunkenship adalah kapal perang Jepun yang tenggelam di dasar laut. Kapal perang itu masih gah meskipun sudah dikerumuni banyak terumbu karang. 

Foto: Facebook
Memburu matahari terbenam juga merupakan aktiviti wajib jika anda ke pulau. Ia boleh dilakukan di Mt. Tapyas.

Hanya dengan mendaki 700 anak tangga anda dapat menyaksikan keindahan Pulau Coron dari puncak bukit Tapyas.Ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Coron. Nak tahu lebih lanjut, datanglah sendiri ke Coron! -CARI
8

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 8-3-2018 12:26 PM
Cantiknya

Quote Artemesiaa 8-3-2018 12:39 PM
Palawan memang cantik.  Gigih betul Filipina promote pulau2 yang ada dinegaranya sejak dua menjak ni, nak2 sejak gunung agung di Bali mula meletus.
Quote ChestnutRed 8-3-2018 03:20 PM
cantiknya tempat nie
Quote epis 8-3-2018 04:25 PM
Cantiknya... beznye klu ade direct access dari kl, dan klu senang nk cari mknn halal kt situ..
Quote Amalinarazi 22-5-2018 01:10 PM
Cantiknyaaaa
Quote adnil 24-5-2018 02:26 PM
Halal Stall in Coron
Quote korokure 26-5-2018 09:19 PM
sungguh cantik, masyaAllah!
Quote vanillaninja 28-5-2018 11:54 AM
Cantiknya! Any forumners dah pernah sampai sana?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041322 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top