Seorang wanita maut selepas suaminya didakwa menggunakan bom mortar sebagai alat mainan seks ketika mereka mabuk.
Ruben Valera Cornejo ditahan kerana disyaki membunuh dengan memasukkan bahan letupan ke dalam kemaluan isterinya di rumah mereka di Arequipa, Peru. Memetik The Sun, suspek bagaimanapun memberitahu polis bahawa dia langsung tidak mengingati kejadian sebaik terjaga dari tidur. Ruben bagaimanapun, mengaku isterinya telah memintanya menggunakan objek dari rumah mereka sebagai alat mainan seks. Suspek mendakwa dia tertidur selepas melakukan hubungan intim dan hanya menyedari apa yang telah berlaku sebaik terjaga dari tidur dan mendapati isterinya tidak memberi sebarang respons. Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kesan darah serta rambut kemaluan pada mortar itu di dalam sebuah beg tangan bersama alat mainan seks lain. Ketua Polis Arequipa, Javier Arana berkata, mortar sepanjang 16 inci dan sekitar 2 inci lebar itu dipercayai sudah tidak aktif dan dijadikan sebagai barang perhiasan. Difahamkan, mortar berkenaan tidak meletup ketika hubungan intim dilakukan. "Kami juga menemui ubat tahan sakit digunakan mangsa," katanya. Sementara itu, bapa mangsa, Washington Llerena meminta supaya Ruben dipenjarakan. "Dia patut dipenjarakan atas perbuatannya terhadap anak perempuan saya dan saya akan terus menuntut bela hingga mendapat pengadilan sepatutnya," tegasnya. - CARI
|
35
Bagus |
24
Marah |
21
Terkejut |
21
Sedih |
17
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT