CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dah Terkantoi, Baru Park Shin Hye Mengaku Bercinta!

8-3-2018 01:50 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 6082| Komen: 17|Original author: Oleh: Suzy

Sukarnya mendapatkan pengakuan daripada aktres dari Korea Selatan ini. Park Shin Hye lebih senang menyembunyikan kisah peribadinya walaupun sering kali tertangkap ketika berpacaran. 



Bagaimanapun, selepas beberapa tahun digosipkan dengan penyanyi utama kumpulan CNBlue, Jung Yong Hwa, pelakon Lee min Ho dan Lee Jung Sok, akhirnya dia tewas dengan bukti yang disebarkan oleh media Dispatch baru-baru ini.

Pun begitu, Shin Hye pada awalnya masih berdolak-dalik menafikan hubungan cinta itu, namun kekasihnya pelakon Choi Tae Joon, 27 memberitahu sebaliknya mengenai hubungan mereka.  

Agensi Tae Joon menjelaskan pada mulanya mereka cuma berkawan baik, tapi kini hubungan yang terjalin semakin serius. 


“Mereka mula intim dan bercinta pada hujung tahun lalu selepas berkawan lama,” kata wakil daripada Huayi Brothers. 


Sumber foto: Tenasia

Terdahulu, sebelum foto mereka berpacaran didedahkan media, Park Shin Hye dengan tegas menidakkan gosip tersebut. Syarikat yang menguruskan kerjayanya, S.A.L.T Entertainment  telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka cuma bersahabat baik. Kenyataan itu adalah bagi menutup gosip mengatakan mereka telah bercinta selama setahun. 

Namun, beberapa jam kemudian agensi tersebut membuat pengakuan mengakui berita itu pula.


Sumber foto: Newsen.com
 
“Kami sudah mendapatkan kepastian daripada Park Shin Hye dan mendapat tahu mereka mula bercinta sejak tahun lalu. Bagaimanapun, hubungan itu hanya terjalin selepas mereka berkawan lama. 

"Biarpun telah lama bercinta, pasangan itu dilaporkan amat berhati-hati apabila keluar bersama. Sumber juga menyatakan mereka saling menyokong antara satu sama lain. 

 “Shin Hye dan Tae Joon saling menyokong dan menjadi sumber kekuatan sesama sendiri. Hubungan mereka masih baru dan berharap mendapat sokongan ramai,” kata wakil itu.

Wah, wah, wah! Akhirnya terkantoi juga ya pasangan selebriti ini. Apapun, semoga hubungan mereka membawa ke fasa seterusnya dan berkekalan. Secocok atau tidak mereka berdua ini di mata peminat? - CARI
19

Bagus
22

Marah
19

Terkejut
18

Sedih
19

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beeeee 8-3-2018 03:44 PM
comel gak couple ni tapi mesti tak lama. Macam nam joo hyuk dgn lee sung kyung dorg cute together!
Quote idakamaruddin 8-3-2018 04:10 PM
masih terbyang2 sheolss ngn kim tan n masa tgk cite tu hrp sgt dorang kapel btl2

hahaha
Quote borrow 8-3-2018 04:15 PM
Based drama , personality deyols lebey kurang ja. Sepadan la kowt.

Ai ship Feeldog & Bora
Quote zaziot 8-3-2018 04:58 PM
ni muka ori or muka dah di alter ni
Quote mizruncing 8-3-2018 05:21 PM
yeayyy mengaku jgk akhirnya
Quote Artemesiaa 8-3-2018 06:13 PM
Kebanyakan mereka ni macam kebanyakan orang lain juga hal peribadi seboleh mungkin akan disorokan tapi bila dah kantoi cam ni terpaksalah mengaku.  Tapi lama juga mereka berjaya merahsiakan dari pengetahuan umum
Quote Marlis 8-3-2018 06:48 PM
Susah sangat nak mengaku. Peminat kpop ni kuno sangat ke. Boikot artis mereka yang dah kahwin.
Quote Naminara 8-3-2018 09:48 PM
Tak penah lg tgk mamat ni belakon.. x folo drama die{:smile
Quote swimswim 8-3-2018 11:31 PM
Girl crush sgt dgn psh..all the best gall
Quote hasniey 9-3-2018 12:07 AM
zaziot replied at 8-3-2018 04:58 PM
ni muka ori or muka dah di alter ni

PSH ni antara artis cantik ori.dh brlakon dr kecik.muka cmtu je.
Quote zaziot 9-3-2018 08:13 AM
hasniey replied at 9-3-2018 12:07 AM
PSH ni antara artis cantik ori.dh brlakon dr kecik.muka cmtu je.

ooo yeke..kagumnye..susah nk jmpe org korea yg ori lawa
Quote alien88 9-3-2018 08:38 AM
walaupon iolls mgharap PSH dgn lelaki lg famous or kaya tp CTJ ni npk baik je, ok la tu
Quote misssakura 9-3-2018 04:20 PM
X kenal mamat ni tp ok la. Nampak sepadan je.
Quote KakaKiah 9-3-2018 09:05 PM
Mcm tak match..lpas song2 couple dah takde ke couple yg best
Quote want2bhappy 16-3-2018 01:10 PM
ala bukan dengan jang geung suk ke....
Quote goss79 16-3-2018 03:53 PM
x perasan sgt plak lelaki ni. tp hensem gaklah.  moga sampai kawen uols
Quote mohdael 18-3-2018 04:45 AM
Nak tunggu jongkook kawen dengan sape je..hahaha

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.079310 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top