CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Subsidi Petrol, Diesel 'Lipat Ganda' Beban Rakyat

3-9-2013 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9163| Komen: 58

PILIHANRAYA 2008. 3 bulan sahaja naik harga minyak
PILIHANRAYA 2013. 4 bulan sahaja NAIK HARGA MINYAK




Kenderaan bersesak-sesak di stesen Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, berikutan pengumuman kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.


SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, pengurangan subsidi  harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen itu akan "melipat gandakan" bebanan terhadap rakyat.


Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, pengumuman  tersebut bukan hanya memberi kesan kepada pemilik kenderaan persendirian dan awam tetapi turut  melibatkan kenaikan harga barangan keperluan asas yang lain.

Menurutnya, kenaikan harga tersebut akan menambahkan beban kepada golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Kenaikan harga ini memang mengejutkan semua pihak, tetapi bagi pihak kerajaan ia mungkin berguna.

"Saya lihat perkara ini akan menambah beban kepada rakyat sekiranya tidak diadakan langkah lain bagi mengurangkan beban itu," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan subsidi bagi petrol RON95 dan Diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter bermula esok.

Tambah Dr Maamor, susulan pengumuman kerajaan itu, majikan, pengusaha dan pengguna perlu bijak menghadapi perkara tersebut.

"Tiga pihak ini perlu ambil langkah dan mencari alternatif untuk terus dibelenggu beban selepas harga minyak naik yang secara tidak langsung ada pihak akan mengambil kesempatan menaikan harga barang," katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu mewujudkan kad khas kepada penunggang motosikal dan pemandu kereta tempatan dengan memberi rebat selain memberi subsidi kepada pengusaha yang membekal barangan pengguna mengikut terma dan syarat.

Tambah beliau lagi, bagi majikan-majikan, mereka perlu mengkaji semula elaun petrol dan elaun yang berkaitan supaya dapat membantu meringankan beban pekerja.

"Bagi pihak pengguna pula, mereka perlu melaksanakan semula cadangan "car pool" dan menggunakan kenderaan ditempat yang perlu sahaja," katanya.

Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut mengakui kenaikkan harga petrol dan diesel ini turut akan memberi kesan kepada semua pihak.

Timbalan Presidennya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, keputusan kerajaan itu perlu diikuti dengan program-program jaringan sosial yang dapat membantu meringankan beban pengguna atau rakyat.

Beliau berkata, kerajaan boleh mengurangkan harga tambang kenderaan awam dan sebagainya yang dapat meringankan beban pengguna perkhidmatan tersebut.

"Pengumuman untuk menaikan harga Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) itu tidak cukup.

"Rakyat sudah tidak hairan.

"Apa yang rakyat mahu ialah bagaimana kerajaan menangani dan membantu meringankan beban rakyat.

"Kerajaan perlu duduk dan kira balik apa perkara susulan perlu dibuat selain meningkatkan jumlah BR1M," tegasnya.

Sinar harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonlabu 2-9-2013 08:26 PM
So..apa kesimpulannya
Quote shernazz 2-9-2013 08:31 PM
hoh le...
beli sayur kailan kat tesco dolu 4 hengget seikat
esok lusa, x pon minggu depan, sah2 la 6 hengget seikat
x pon 4 hengget seikat tapi 2 pokok aje laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote lavajeans 2-9-2013 08:45 PM
shernazz posted on 2-9-2013 08:31 PM
hoh le...
beli sayur kailan kat tesco dolu 4 hengget seikat
esok lusa, x pon minggu depan, sah2 la ...

nak murah tanam sendiri la...



Quote AdamBillionaire 2-9-2013 09:01 PM
shernazz posted on 2-9-2013 08:31 PM
hoh le...
beli sayur kailan kat tesco dolu 4 hengget seikat
esok lusa, x pon minggu depan, sah2 la ...

hurm... tesco murah ke? cm mahal je.. just tempat selesa je kak.. kalau pg pasar tani lg murah. tp satu keja plak nak menjoyah sana..
Quote shernazz 2-9-2013 09:03 PM
AdamBillionaire posted on 2-9-2013 09:01 PM
hurm... tesco murah ke? cm mahal je.. just tempat selesa je kak.. kalau pg pasar tani lg mura ...

pasar tani mahal dik non...huhu
tesco neh bile sesak2 aje nak mencari sayur, malas nak pi pasar borong tu
singgah aje la kat tesco neh ha..


Quote shernazz 2-9-2013 09:04 PM
lavajeans posted on 2-9-2013 08:45 PM
nak murah tanam sendiri la...

ko tolong bajak tanah aku bleh?
Quote GhostWalking 2-9-2013 09:05 PM
Lepas ni kean jadi aneroxia la takleh makan
Quote lavajeans 2-9-2013 09:06 PM
shernazz posted on 2-9-2013 09:04 PM
ko tolong bajak tanah aku bleh?

hape la kau ni cakap kotor2 depan public...

malu aku tau...

lain kali pm je...k



Quote shernazz 2-9-2013 09:08 PM
lavajeans posted on 2-9-2013 09:06 PM
hape la kau ni cakap kotor2 depan public...

malu aku tau...

woi celaka ko..
aku cakap bajak tanah la
tanah umah aku neh..tanam pokok
bongok!
Quote lavajeans 2-9-2013 09:10 PM
shernazz posted on 2-9-2013 09:08 PM
woi celaka ko..
aku cakap bajak tanah la
tanah umah aku neh..tanam pokok

kenapa marah..??

kan ke pegang2 tanah tu kerja kotor...

jatuh la stended aku kau offer depan public...




Quote ushioz 2-9-2013 09:10 PM
shernazz posted on 2-9-2013 09:04 PM
ko tolong bajak tanah aku bleh?

tudia. punya berani bebudak la ni.
Quote shernazz 2-9-2013 09:12 PM
lavajeans posted on 2-9-2013 09:10 PM
kenapa marah..??

kan ke pegang2 tanah tu kerja kotor...

lahanat ko...
tu la, otak dh kotor
Quote shernazz 2-9-2013 09:13 PM
ushioz posted on 2-9-2013 09:10 PM
tudia. punya berani bebudak la ni.

bongok la ko neh
pk ke lain plak
Quote lavajeans 2-9-2013 09:14 PM
shernazz posted on 2-9-2013 09:12 PM
lahanat ko...
tu la, otak dh kotor

ko yg pikir kotor..

apa kau ingat tanam sayur boleh buat dlm aircond bersih2 ke..???





Quote shernazz 2-9-2013 09:15 PM
lavajeans posted on 2-9-2013 09:14 PM
ko yg pikir kotor..

apa kau ingat tanam sayur boleh buat dlm aircond bersih2 ke..???

apehal plak...mane ade org tanam sayur dalam aircond


Quote AdamBillionaire 2-9-2013 09:23 PM
shernazz posted on 2-9-2013 09:13 PM
bongok la ko neh
pk ke lain plak

kak budak dalam forum ni ramai kurang kasih sayang. jd nk komen kena lurus ke jalan benar. tak boleh ada double meaning..
Quote shernazz 2-9-2013 09:25 PM
AdamBillionaire posted on 2-9-2013 09:23 PM
kak budak dalam forum ni ramai kurang kasih sayang. jd nk komen kena lurus ke jalan benar. t ...

depa memang sengaja nak pusing tang lain

tu pasai sokmo kene trabelmaker tu
Quote annehuda 2-9-2013 09:43 PM
shernazz posted on 2-9-2013 09:25 PM
depa memang sengaja nak pusing tang lain

tu pasai sokmo kene trabelmaker tu

bertabahla kak.... budak tu hantu raya nye berekor2. hari ni mati sekor esok hidup lg sekor

Quote BotakChinPeng 2-9-2013 11:18 PM
Hahahaa. Padan muka penyeludup

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055554 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top