CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Bapa, Nenek Kerana Tak Tahan Dileter

11-4-2018 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2022| Komen: 5

Seorang lelaki berusia 38 tahun mengaku membunuh lima orang termasuk ahli keluarganya di barat daya Jepun hanya kerana tertekan dengan leteran bapa dan neneknya, lapor Japan Today.


Salah satu daripada dua mayat yang ditemui pada Ahad di kawasan pergunungan di wilayah Kagoshima telah dikenal pasti sebagai bapanya, Masatomo, 68, yang mati dicekik. Manakala, satu lagi mayat dipercayai neneknya yang berusia 89 tahun, Hisako Iwakura.

Tiga lagi mayat mangsa iaitu Hiroyuki Goto, 47, rakannya yang tinggal di kompleks apartmen sama serta dua ibu saudaranya, Takako Iwakura, 69 dan Kuniko Sakaguchi, 72, ditemui di kediamannya itu.


Foto: Japan Times


Menurut polis, kediaman bekas anggota Pasukan Pertahanan Diri (SDF) itu dimiliki neneknya dan terletak berhampiran kediaman neneknya di bandar Hioki.

Media melaporkan, Iwakura mengaku kepada polis bahawa dia membunuh kesemua lima mangsa di kediaman milik neneknya itu.

Polis percaya suspek membunuh bapa dan neneknya di kediamannya sebelum meninggalkan mereka di dalam hutan di Hioki.

Dia kemudian membunuh Goto dan dua makciknya yang melawat kediaman itu untuk menziarah mereka.

Sementara itu, Japan Times melaporkan, polis percaya ketiga-tiga mangsa termasuk Goto, dibunuh ketika melawat rumah itu selepas diminta bapa saudara Iwakura  yang juga suami kepada Takako untuk memeriksa keadaan bapa suspek yang sudah beberapa hari tidak masuk kerja. 

Iwakura ditahan pada Sabtu kerana disyaki mencekik kesemua mangsa sampai mati. - CARI
2

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 11-4-2018 05:47 PM
Btol btol tekanan neh
Brapa lama dia oendam sebuah.duka
Quote LautBiru52 12-4-2018 09:59 AM
Kena buat something la dgn org yg suka membebel ni. Tindakan diorang boleh buat org mental.
Quote haryatie 12-4-2018 10:05 AM

duduk dgn org kuat berleter mmg bleh jd stress gilerr..
Quote batmana 12-4-2018 10:18 AM
sapa2 kata jepun tu aman tu..kena

bersyukurla tak jadi jiran dia.

silap2 mati kene cekik
Quote prettyuglybabe 12-4-2018 11:43 AM
sebab bukan melayu muslim, thread tak dapat sambutan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.111661 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top