Anda sudah menonton filem terbaru Avengers? Dengar kata ramai yang bagi rating 10/10. Betulkah? Dalam keghairahan orang ramai keluar masuk panggung wayang untuk menonton filem berkenaan, timbul pula isu kurang menyenangkan mengenai sikap penonton yang gemar merakam filem di dalam panggung. Walaupun beberapa saat, ia tetap menyalahi undang-undang. Pun begitu, masih ramai 'tak faham bahasa' bertindak memuat naik rakaman dalam panggung ke laman sosial masing-masing. Isu ini bukanlah baru semalam bangkit, tapi dah lama dan banyak kali berlaku. Walaupun ada sesetengah pelaku sudah dihukum, pun masih ada yang tidak serik. Terbaru, laman Instagram rasmi GSC meluahkan kekesalan mereka terhadap golongan 'jakun' ini.
Tengok, GSC dah marah! "Sakit hati, kecewa! "Macam mana kalau lain kali banyak filem tersekat daripada masuk Malaysia sebab pembikin filem sudah hilang kepercayaan?" tulis GSC. POsting Shazwan Zainordin itu mendapat perhatian ramai yang turut kecewa dengan mentaliti sedemikian. "Nak muat naik satu video pendek di instastory pun, tak boleh ke?" tanya netizen. Rata-rata netizen berang dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati hasil kerja orang lain terutama pembikin filem. Nak tunjuk macam dia seorang dah tonton filem itu! Pun begitu, masih ada segelintir netizen yang berdegil dengan pendapat mereka sendiri yang kononnya mereka berhak melakukan apa sahaja kerana sudah membayar harga tiket. "Saya dah bayar, suka hatilah nak buat apapun," komen netizen. Aduh, sampai bila nak maju kalau peraturan mudah macam itupun tak dapat nak patuh? Bila banyak filem tak boleh masuk Malaysia nanti, mulalah membawang sana sini. Jadi, bertindaklah dengan bijak. - CARI |
14
Bagus |
31
Marah |
13
Terkejut |
17
Sedih |
21
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 27-4-2018 05:05 PM
CEO gsc ni , owner dia budak2 wechat ke?
cubala pakai otak sket, berlambak video klip akhir movie ...
batmana: CEO gsc ni , owner dia budak2 wechat ke?cubala pakai otak sket, berlambak video klip akhir movie kt US sana bdk2 omputeh sna upload kt youtube, takdel ...
batmana replied at 27-4-2018 05:05 PM
CEO gsc ni , owner dia budak2 wechat ke?
cubala pakai otak sket, berlambak video klip akhir movie ...
ADVERTISEMENT