Seorang doktor dan suaminya dihadapkan ke mahkamah kerana mendera pembantu rumah. Dr Nur Hazrina Iskandar, 40, dan peniaga, Roslan Ramli, 39, didakwa mencederakan Nurannisa Kamil, 20.
Harian Metro melaporkan, pembantu rumah tersebut didera menggunakan paip getah, senduk besi, batang penyapu dan penyepit kain. Walau bagaimanapun kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mereka dibenarkan diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlinawati Mohd Arshad memohon agar tertuduh tidak dibernarkan diikat jamin kerana dibimbangi akan mengganggu mangsa.
Namun Peguam Mohd Norazihan Adnan berkata, "Roslan bekerja sebagai peniaga dan isterinya bertugas sebagai pegawai perubatan di hospital di Sarawak dan mempunyai tiga anak yang masih kecil. "Tertuduh dengan sukarela datang sendiri ke mahkamah hari ini dari Sarawak selepas diminta berbuat demikian." Dr Nur Hazrina bersama suami didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumah Bandar Baru Kubang Kerian di antara Mei hingga 12 Oktober 2017. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua jika sabit kesalahan. -CARI
|
6
Bagus |
2
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 30-4-2018 11:01 AM
Kes yg suami doktor dera gf kt rumah kelamin mereka, sampai dak pompuan tu mati...apa cerita dah?
besarkecik replied at 30-4-2018 12:12 PM
Yindon ke bibik tu. Tapi ni pengalaman aku sendiri.
Kalau bibik yindon ni memang aku tak kesian sa ...
besarkecik replied at 30-4-2018 12:12 PM
Yindon ke bibik tu. Tapi ni pengalaman aku sendiri.
Kalau bibik yindon ni memang aku tak kesian sa ...
dodolgemok replied at 30-4-2018 03:47 PM
Kau dh kenapa dek kerja elok2 buat perangai setan? Lakinya pakai kopiah acah2 maksom buat apa? Bogel ...
ADVERTISEMENT