CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wow, Bestnya Percutian Murah Tapi Suasana Sebiji Seperti Di Luar Negara!

30-4-2018 05:30 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 6858| Komen: 19|Original author: Oleh: Ayu

Ekonomi merosot, mata wang jatuh, tetapi masih ramai berkongsi gambar-gambar menarik bercuti ke luar negara. Cemburunya!

Eh, tak perlulah cemburu. Sebenarnya, ada banyak lokasi di Malaysia yang saling tidak tumpah seperti di luar negara. Cuma biasalah, lokasi eksklusif pasti terhad. Jadi, segera buat  tempahan. Siapa lambat dia ketinggalan!





1. Sasaran, Selangor.
Ini adalah Salar de Uyuni versi tempatan. Dikenali sebagai Mirror in the Sky, apabila bergambar kelihatan infiniti kerana tiada sempadan antara langit dan bumi. Istimewanya, fenomena ini hanya berlaku lima hari dalam sebulan. Perjalan ke sini pula perlu menaiki bot. 

Foto: Tripquest


2. Mossy Forest, Pahang.
Keindahan alam yang berlaku secara semula jadi. Satu-satunya hutan yang ‘diselimuti’ lumut. Memang unik, macam berada di hutan amazon dan zaman purba. Perjalanan ke Mossy Forest melalui jalan yang sama menuju ke Ladang Teh BOH Sg Palas, tetapi anda akan melalui satu laluan lain di pertengahan jalan.

Foto: Easybook


3. Kundasang, Sabah.
Puas tinggal di hotel? Rasakan kelainan berada di dalam khemah ala Mongolian ini. Pemandangan yang hanya dapat dilihat di negara Mongolia itu dapat dirasai di Kundasang, Sabah. Bezanya, suhu di sini hampir sama dengan di Sydney.

Foto: Borneo Holidays


4. Kemaman, Terengganu dan Parit Buntar, Perak.
Teringin menikmati keindahan bunga sakura di negara empat musim seperti Jepun dan Korea? Nah, cari lokasi-lokasi ini dan anda akan dapat foto perkahwinan ala babak dalam drama Korea. 

Foto: dukulangsat

Foto: SAYS Malaysia


5. Ranau, Sabah.
Cantiknya latar belakang foto saudara-mara yang berkunjung ke New Zealand. Tiada hal lah. Di sini bukan sahaja berlatarbelakangkan gunung yang indah, malahan ditemani kambing dan lembu ala-ala iklan susu!

Foto: pheurontay


6. Bachok, Kelantan.
Dah puas berfoto di musim bunga sakura, cuba yang ini pula. Ala-ala musim luruh di Pulau Nami, Korea Selatan. Terletak di Pantai Senok, ramai yang berkunjung ke sini untuk berkelah. Tidak seperti orang Korea yang hanya menikmati keindahan semula jadi. 

Foto: Jom Jalan


7. Colmare Tropicale, Pahang.
Lokasi ini biasa didengari, tetapi sebenarnya anda belum habis menerokainya. Ada Taman Jepun juga Taman Perancis. Jom berswafoto di kedai kopi ala Café d’ France. 

Foto: Booking.com

Bagaimana, sesuaikah dengan cita rasa anda? Atau kesemuanya sudah habis anda teroka? - CARI
16

Bagus
19

Marah
16

Terkejut
24

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 30-4-2018 05:55 PM
Adik adik berangan photographer & supermodel suka la pose dekat tempat gini.
Tapi memang cantik pun
Quote moonbug 30-4-2018 06:36 PM
Dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang
Quote noraidil_06 30-4-2018 06:52 PM
Pantai Senok tu ye ke bersih gitu
Quote noraidil_06 30-4-2018 06:52 PM
Pantai Senok tu ye ke bersih gitu
Quote LautBiru52 30-4-2018 07:04 PM
Sabah mmg cantik kan. Teringin explore 1 sabah. Selalu pegi kk je
Quote umbut 30-4-2018 07:50 PM
Aku nak pergilah kundasang tu.. cantik
Quote kroit92 30-4-2018 09:21 PM
model pokok sakura tu lembu, hahaha

tapi teringin nak pegi yang nombor 1 tu
macam takde horizon
Quote RatuDunia94 30-4-2018 10:43 PM
Sekali bila pergi tempat tu indah kabar dr rupa je..
Quote cicicumel 30-4-2018 11:28 PM
Pntai Senok i baru g last 2 weeks.sampah mcm bukit.pantai kotor.
Quote ayjay 1-5-2018 12:54 AM
RatuDunia94: Sekali bila pergi tempat tu indah kabar dr rupa je..


Pantai cermin tu tak boleh pergi dah. Kerajaan dah sekat.

Bachok tu tak cantik macam dalam gambar tu pun. Dahlah kotor sampah banyak.

Ranau dan kundasang ye cantik.
Quote amyza 1-5-2018 09:51 AM
Ranau/kundasang memang cantik,udara segar air sejuukkk. Time pegi 3thn lepas jalan nak masuk dairy farm tu berlopak2 harap dah turap cantik.
Quote ohnoLia 1-5-2018 01:01 PM
ayjay replied at 1-5-2018 12:54 AM
Pantai cermin tu tak boleh pergi dah. Kerajaan dah sekat.

Bachok tu tak cantik macam dalam ga ...

Sasaran selangor tu... nama trmpatnya pantai cermin ya?
Napa dah kna sekat?
Quote rizami 1-5-2018 02:57 PM
ayjay replied at 1-5-2018 12:54 AM
Pantai cermin tu tak boleh pergi dah. Kerajaan dah sekat.

Bachok tu tak cantik macam dalam ga ...

Knp dh x blh pg sana?kna sekat sbb apa
Quote potpetpotpet 1-5-2018 06:34 PM
Yg nabila huda pegi sabah tu cantik betul.  Teringin nk explore sabah tu betul2..
Quote shastore 1-5-2018 11:40 PM
ayjay replied at 1-5-2018 12:54 AM
Pantai cermin tu tak boleh pergi dah. Kerajaan dah sekat.

Bachok tu tak cantik macam dalam ga ...

Ha nak tau gak nape kne sekat.. try google x jumpe paper lak
Quote iznanaziz 2-5-2018 10:09 AM
LautBiru52 replied at 30-4-2018 07:04 PM
Sabah mmg cantik kan. Teringin explore 1 sabah. Selalu pegi kk je

KK apa yg best?

cantik tak?
Quote haryatie 2-5-2018 12:35 PM
kundasang n Colmare Tropicale, pahang tu jerk da sampai
yg lain2 tu belum lagik
nmpak mcm cntik
Quote ayjay 2-5-2018 04:39 PM
shastore replied at 1-5-2018 11:40 PM
Ha nak tau gak nape kne sekat.. try google x jumpe paper lak

Utk proses baikpulih.
Samaacam pantai yg berkelip biru tu. Pengunjung tak prihatin, rosak apam semulajadi.
Quote shastore 2-5-2018 06:30 PM
Apam...

Igt kan nape la x leh gi. Baik pulih upenye

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.281967 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top