Suara keramat rakyat telah diterjemahkan melalui PRU14 dan membawa senario politik yang berbeza pada negara Malaysia. Tampuk pemerintahan yang diketuai Perdana Menteri yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad pasti akan membawa kelainan dalam pelbagai aspek dan mengembalikan hak rakyat.
Mamat Khalid yang merupakan pengarah terkenal juga mengambil kesempatan tentang perubahan angin politik di tanah air hingga mendapat ilham untuk mengarah sebuah filem berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14. “Pada abang yang bagusnya pilihan raya ini barulah keluar manifesto yang hanya akan menguntungkan kita (rakyat), tidak kiralah pihak mana tetapi yang pentingnya menguntungkan kita, itu petanda baik,” katanya kepada BH Online. “Abang memang ada satu cerita khas untuk undi ini, tetapi apabila abang semak skrip abang takut abang kena tangkap nanti, tetapi ia cerita komedi. “Dengan masyarakat sekarang ini yang lebih maju dan lebih faham abang akan buat juga cerita undi ini yang abang rasa banyak insiden yang lucu mencerminkan bagaimana kita rakyat begitu ghairah memilih tampuk kepimpinan baru,” ujarnya lagi. Wah, menarik! Pasti ramai tertunggu filem unsur komedi Mamat Khalid tentang PRU14. Moga pembikinan filem ini berjaya dilaksanakan dan mendapat sokongan pelbagai pihak. Apa agaknya watak-watak yang ada dan siapa pula pelakon yang akan menggalas peranan untuk menjayakan filem ini. Fuh, tidak sabar menanti filem hebat Mamat Khalid. - CARI
|
18
Bagus |
13
Marah |
19
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
armin replied at 11-5-2018 03:26 PM
Buatla tp best ke dia mengarah? Harap pengarah2 power yg buat
Aduradura replied at 11-5-2018 03:50 PM
Antara arahan mamat khalid yg buat iolls ketawa terbahak bahak , man laksa & hantu kak limah balik ...
genUmi replied at 11-5-2018 04:16 PM
siapa calon jadi najib?
ADVERTISEMENT