Tiga kanak-kanak maut selepas ditetak seorang lelaki kurang siuman dalam kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh dekat Rungkup.
Berita Harian melaporkan, tiga beradik berusia dua hingga lima tahun maut sementara mangsa yang lain cedera parah termasuk ibu mangsa dan dua pelajar sekolah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata lelaki kurang siuman itu telah menceroboh masuk ke rumah yang didiami tiga mangsa dan ibunya. Dengan bersenjatakan parang, suspek melibas ketiga-tiga kanak-kanak terbabit. "Dalam tempoh setengah jam kemudian, suspek menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Mohamad dan menetak dua pelajar sekolah dan seorang orang awam.
"Polis masih belum mengenal pasti semua mangsa yang cedera dan akan memaklumkannya dari masa ke semasa." Siasatan masih dijalankan dan polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Seorang saksi berkata, sejak dua tiga hari lalu, dia (dikenali sebagai Rambo oleh penduduk kampung) kelihatan macam tidak berapa sihat dan kami tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan yang sebegitu kejam di hari pertama berpuasa." semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan menerima rawatan lanjut. -CARI
|
Suchi replied at 18-5-2018 12:39 PM
Ada pun berita ni subuh td penuh wall fb berita pasal ni, menangis baca.
Kat paper mana tah kata ma ...
noor2 replied at 18-5-2018 01:36 PM
Dendam ni......
Sedihnya baca
Suchi replied at 18-5-2018 01:42 PM
Taktahula katanya satu tmpt keje ngn bapa budak2 tu.
Pastu takde rekod kesihatan mental, tp berha ...
hzln replied at 18-5-2018 01:47 PM
Amboiii...sedap yer si bapak tu lari lintang pukang selamatkan nyawa sendiri jah, tinggal bini tingg ...
Suchi replied at 18-5-2018 01:42 PM
Taktahula katanya satu tmpt keje ngn bapa budak2 tu.
Pastu takde rekod kesihatan mental, tp berha ...
ADVERTISEMENT