CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahkamah Tolak Tuntutan Azmi Untuk Penjarakan Elly Mazlein

21-5-2018 04:24 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 17176| Komen: 91|Original author: Oleh: Amirah

Episod masalah rumah tangga Elly Mazlein bersama bekas suami, Azmi Hatta sentiasa ada kesinambungan dan seperti tiada penyelesaian mudah untuk mereka berdua.

Foto: IG Elly Mazlein
Elly berasa kecewa kerana bekas suaminya seperti mempunyai niat mahu memisahkan dia dan anak kesayangan, Putri Sara Sefhia yang sudah berusia 2 tahun.

Dia juga mengatakan bekas suami masih mengganggu kehidupan mereka dan mempunyai dendam walaupun sudah bercerai.


"Azmi Hatta sangat kejam punya impian nak pisahkan kakak Lina dengan Manja (Sefhia). Tidak tahu bila agaknya Azmi nak move on.

"Sepatutnya ikut logik, kakak Lina la yang patut berdendam sebab Azmi dan nikah, ada anak dan keluarga sempurna," ujarnya di Instagram.

Menurutnya lagi, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga menolak tuntutan bekas suami tentang hak penjagaan anak.

"Alhamdulillah, mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk penjarakan saya. Salah satu alasan adalah kakak Lina seorang ibu yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia," tulisnya.

Foto: IG Elly Mazlein
Dia juga menambah bekas suami tidak sepatutnya berdendam dan cemburu padanya kerana dia sudah berkahwin dan mempunyai kehidupan baru berbanding dirinya yang masih solo. Elly bukan sahaja menjaga anaknya malah dia turut menanggung ayahnya.

"Kalau nak dibandingkan selepas bercerai sampai sekarang kakak Lina belum bernikah, hanya ada Sefhia dan menjaga abah.

"Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak habis-habis nak seksa dan kacau kehidupan kami tiga beranak," ujarnya.

Walaupun dia mampu menggalas tanggungjawab dan mencari rezeki sendiri namun nafkah anak patut diberi kerana itu adalah hak anaknya.

Foto: IG Elly Mazlein
"Lepas ni kakak Lina nak usahakan usul cadangan untuk meminta pihak produksi yang Azmi sedang bekerja untuk meminta pihak produksi tersebut memotong gajinya setiap bulan untuk membayar nafkah Sephia hanya RM1,500.

"Buat Azmi, nak nikah berderet boleh, nak anak ramai boleh tapi bayarlah nafkah anak," katanya.

Kebanyakan artis yang bercerai seringkali mempunyai masalah tentang tanggungjawab dan nafkah anak-anak. Apa pun moga masalah Elly dan bekas suami mempunyai titik noktah dan tanpa memburukkan sesiapa.

Masalah rumah tangga elok dibincang secara tertutup. Buat malu sahaja kalau semua masalah perlu diceritakan di media sosial. - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 21-5-2018 04:38 PM
pasai apa yg ajemi tu nk jailkan kak lina?

gila? bistu anak sapa nk jaga? x da hati perot la ajemi nih
Quote LostStar 21-5-2018 04:55 PM
sape plak hanani ni.. siap ada hashtag lagi namanya.. ahakssss
Quote chicozinn 21-5-2018 04:59 PM
jemi ni makin lama makin bongok lak..ke termakan hasutan fake tu?oppsss..
Quote pearl.silver 21-5-2018 05:01 PM
LostStar replied at 21-5-2018 04:55 PM
sape plak hanani ni.. siap ada hashtag lagi namanya.. ahakssss

Watak kak lina dlm drama u
Bini org kemaruk kat laki org
Quote Membercaribaru 21-5-2018 05:13 PM
Jemi ni dah boleh geng dengan dr amin produk jenama sendiri.
Quote LostStar 21-5-2018 05:15 PM
pearl.silver replied at 21-5-2018 05:01 PM
Watak kak lina dlm drama u
Bini org kemaruk kat laki org

owh ya ka.. nasib bgtaw.. haha.. lucu la kak lina pom pom nih

Quote sharlenetexas 21-5-2018 05:17 PM
bukan ke dulu jemi tak nak tgk anak dia? langsung tak ambil tahu pasal anak. nafkah apatah lagi. hanya derma sperma.
aku rasa jemi ni tak leh tgk org lain duk senang.
Quote duricinta 21-5-2018 05:22 PM
Jeles la tu tgk kak lina byk job skrg ni compare bini dia skrg.. Sendu je
Rumah kak lina pn cantik kan
Quote alieyrina 21-5-2018 05:25 PM
Dia yg x btggugjwb byr nafkah dia salahkan si mak pulak..x paham aku..patut yg kena penjara tu si bapak sefia lojik la jugak
Quote idakamaruddin 21-5-2018 05:32 PM
LostStar replied at 21-5-2018 04:55 PM
sape plak hanani ni.. siap ada hashtag lagi namanya.. ahakssss

hanani watak sheols dlm teratai kemboja

best gak cite tu...fasha ngn sheols belakon jd madu


Quote cikdilla 21-5-2018 05:36 PM
Apa masalah azmi ni taknak bayar nafkah anak?
Quote onexox97 21-5-2018 05:41 PM
cerita tak habis ni
takkan mcm ni je
Quote nazriatie 21-5-2018 05:42 PM
Kak lina ni meriah dgn hashtag kan..tp # sheols lawak2..x mcm # sohai
Quote sabar_sabariah 21-5-2018 05:46 PM
Duit hantaran nikah dulu pun tak dapat..
ya ampun..
Quote no_el 21-5-2018 06:08 PM
LostStar replied at 21-5-2018 04:55 PM
sape plak hanani ni.. siap ada hashtag lagi namanya.. ahakssss

Watak kak lina dlm drama teratai kemboja
Kat tv3. Khamis n jumaat mlm
Mmg best cite ni
I follow mula2 sbb jln citenya
Mmg mantap barisan pelakon
Xsabar nak tunggu mggu ni punye episod
Quote sukacactus 21-5-2018 06:13 PM
Hahaha rambut kuih lompang coklat

Tak baik la si exlaki buat camni
Apa niat sebenar dia eh
Jaga ank xnak, nafkah xnak kasi, mendajalkan exbini tu pulak
Quote ZophiaTW 21-5-2018 06:40 PM
Tak sokong mana mana pihak but there are many sides of the story, don’t listen to one side only. Harap harap mereka boleh selesaikan isu mereka secara aman baik. Kekadang suara besar tu tak semestinya benar 100% dan yang tiada bunyi langsung confirm baik juga. Jangan lihat pada dasar jer. Apa sebab mereka jadi macam ni? Masing masing tak nak mengalah kan? For the sake of the little girl, make peace with each other la. Yang dah lepas biar lepas, dah korang memang tak sesuai jadi laki bini? Peace yo
Quote beautifulliar 21-5-2018 07:00 PM
Meols suka skodeng ig kak lina pom pom sbb nk tengok bidio masak n deco umah she melets sangat
Quote siputsedut 21-5-2018 07:14 PM
Lukzzz..penjarakan atas dasar ape? Bknnya lina pompom ni abaikan anak pon..anak pon disusu tetrk walaupon kena pergi shooting.  Mentalnya jemi ni

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.123541 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top