CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

"Mana Nak Cari Lelaki Macam Ni?" - Netizen Puji Bapa Ini Pandai Jaga Anak Di Masjid

22-5-2018 01:52 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 4742| Komen: 19|Original author: Oleh: Khair


Apabila tiba bulan Ramadan, antara perkara sering dihebohkan adalah tentang kelakuan anak-anak yang mengikut ibu bapa ke masjid. Sehinggakan ada yang mempertikaikan mengapa ibu bapa membawa anak-anak jika hanya membuat bising dan menganggu jemaah lain.



Jika difikir, ada betulnya juga kerana jika ibu bapa membawa anak-anak ke masjid, seharusnya mereka perlu bertanggungjawab mengawal anak-anak dan mendidik mereka tentang adab di dalam masjid. Tidak mengapa jika anak berada di sebelah ibu bapa ketika solat asalkan mereka dapat mengawal anak-anak.



Sebagai contoh, sebuah video yang dirakam Danial Haikal dan dikongsikan di Twitternya (@dnialhaikl) ini menunjukkan seorang bapa mendukung anak kecilnya ketika solat dan anak itu kelihatan tenang sahaja dalam kendongan bapanya.



Menurut Danial, dia merakam video tersebut kerana tertarik bagaimana lelaki berkenaan melayan anaknya dan dalam masa sama tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat tarawih yang hanya dilakukan ketika Ramadan. 



Video itu mendapat perhatian netizen yang tertarik dengan cara lelaki berkenaan mengawal anaknya daripada menganggu jemaah lain.



Namun, ada juga yang bertanya adakah sah solat sebegitu dan perkara itu telah diterangkan dengan baik oleh netizen lain.


Foto: Twitter

Jadi, untuk ibu bapa di luar sana, usah risau untuk membawa anak-anak ke masjid asalkan anda mengawal mereka dengan baik. Bahkan, ketika Ramadan inilah masa untuk kita melakukan amal ibadat dengan sebanyaknya kerana dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda. - CARI

Bagus

Marah
8

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chentadearhati 22-5-2018 03:05 PM
Knp dia putus saf?
Quote alinone78 22-5-2018 03:39 PM
dia niat mufrad je ni. tapi still ikut imam
Quote Langit13iru 22-5-2018 03:56 PM
Tapi yang amik video ni dah minta kebenaran ke pada si bapa? Tak boleh tau kiranya.
Quote prettyuglybabe 22-5-2018 03:59 PM
beruntung anak dia dapat bapa macam tu..
semoga membesar jadi anak yang beriman..

budak yang berlari-lari tu memang turn off..
Quote anno_miss 22-5-2018 09:45 PM
Ya Allah,  moga diramaikan lagi lelaki seperti ini..
Quote chazey 22-5-2018 10:14 PM
Luaran gitu la.

Tengok2 dalaman kaki kongkek bini orang.
Quote chazey 22-5-2018 10:16 PM
Hubby material cam hare. Ini la penyebab tino garit tatau malu di luar sana menyundal dengan laki orang. Karna tertarik dengan luaran padehal hakikat sebenarnya hanya bini teman sekatil sebantal jah yang tahu.
Quote ladybugz 22-5-2018 10:39 PM
Seriously, i kagum jgn ngan die cara die solat sambil dukung anak nampak x kekok dan sgt bersahaja. Sy sendiri masih sgt x yakin nk dukung anak sambil solat sbb kurg ilmu.
Quote batmana 22-5-2018 11:24 PM
apa bangsat sgt smpai tuduh dalaman org cmne?

apa ko malaikat leh baca isi hati org ka?

cubala bsangka baik sket.. jgn asik bhati iblis sudah
Quote chazey 23-5-2018 01:38 AM
batmana replied at 22-5-2018 11:24 PM
apa bangsat sgt smpai tuduh dalaman org cmne?

apa ko malaikat leh baca isi hati org ka?

Akak nyampah baca komen mana nak carik husband material bagai tu la syaiton!
Quote krustykrab 23-5-2018 10:15 AM
banyak naw soalan, knp itu knp ini...solat kat rumah je lah...org melayu ni nak semua perfect padahal diri sendiri pun tak 100% perfect.

islam itu mudah, dapat kat melayu jadi islam itu susah
Quote gadiskosmos 23-5-2018 11:22 AM
wow terharu
Quote CrowneGlory 23-5-2018 11:37 AM
OMG..my highest respect pd bapak org ni... suami siapa la ni...
Quote gekkou 23-5-2018 02:34 PM
husband material
mohon bbnu dan acik bawang tag bf dan laki masing2
Quote aderaderker 23-5-2018 07:07 PM
Bagus bapa camni.
Tapi komen bbnu gedik cam biasa bikin muntah.
Quote mieymiey 24-5-2018 07:15 AM
Amboi BBNU sekalian alam, 'mana nak dapat?'
Quote men_cari 24-5-2018 09:47 AM
helok sgt anak die baik
Quote ckenj 24-5-2018 03:30 PM
diharap perbanyakkan lelaki begitu n megurangkan perempuan gedik n getek suka laki org. sekian.
Quote NurAlia14 25-5-2018 12:02 AM
Tp btl la mane nk cari laki mcm ni..yg ade sume cam haremmmm

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.051111 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top