Mereka berdua sudah lama dalam industri hiburan. Sudah masak benar dengan asam garam dunia seni sebelum wujudnya media sosial lagi. Biarpun begitu, mungkin kerana jarang digandingkan bersama, isu pergeseran yang berbelas tahun itu juga yang dibangkitkan sesetengah netizen. Hakikatnya mereka sangat mesra bila bertemu. Fasha Sanda dan Fazura antara contoh rakan artis yang saling mengenali sejak terlibat dalam dunia peragaan hingga sama-sama menceburi dunia lakonan. Keakraban mereka tidak ketara kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Namun, apabila Fasha memuat naik 'screen shot' perbualannya dengan Fazura di Instagram, peminat kedua-duanya sangat gembira lalu memuji sang idola mereka. Bagi netizen, kedua-dua artis ini dah la cantik, mempunyai peribadi yang baik serta bertuah menjadi penyokong antara satu sama lain. Ada netizen yang menyatakan isu kekecohan kemesraan Fazura dan Fattah baru-baru ini tidaklah besar mana lalu menyokong pasangan ini. Lagi pula pengantin baru melepas rindu itu perkara biasa. Rupa-rupanya kebaikan Fazura bukan sekadar kepada teman baiknya sahaja, Fazura juga menghadiahkan tudung kepada pembeli busana butiknya. Kira 'buy one free one' lah. Ramai yang memuji keakraban mereka berdua. Maklumlah dalam dunia yang penuh persaingan, sukar mencari kawan baik. Fazura turut membalas di ruangan komen sambil mengingati kembali zaman ketika mula-mula berada dalam dunia seni ini. Biar pun akan ada yang menganggap kebaikan tidak perlu ditonjolkan, namun apa salahnya berkongsi cerita bagus dengan peminat, dengan itu aura positif akan sentiasa disebarkan. - CARI |
RatuDunia94 replied at 8-6-2018 12:33 PM
Deols dulu gaduh isu apa?
beeeee: wow tiap2 tahun ek? bagus2 bersedekah gittew
mieymiey replied at 8-6-2018 01:02 PM
Faz dengan Fasha ni sebaya ker?
zaziot replied at 8-6-2018 01:15 PM
agak2..fazz dgn lopa leh jd camni x
MekConkey replied at 8-6-2018 01:23 PM
I really hope that will happen !
kacang^soya replied at 8-6-2018 01:16 PM
Fasha muda setahun iols rasa..
setori_mori replied at 8-6-2018 02:40 PM
Yet fasha looks older. I bukan karat tau hihi
ADVERTISEMENT