CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hanez Suraya Menderita Diserang Gangguan Kebimbangan

20-6-2018 04:38 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 20649| Komen: 127|Original author: Oleh: Amirah

Ramai yang tidak tahu mengenai derita yang dihadapi Hanez Suraya selepas melahirkan anak sulungnya, Puteri Aleesya.

Dia mengalami serangan gangguan kebimbangan hingga menyebabkan kemurungan. Namun sokangan orang sekeliling menjadikan hidupnya bertambah kuat untuk menempuhi masalah yang menghimpit dirinya itu.


Foto: IG Hanez Suraya
"Bukan sedikit insan yang berdepan penyakit sebegini. Orang ramai di luar sana juga tidak boleh memandang remeh perkara ini dan mereka yang berdepan gangguan kebimbangan atau kemurungan. Ia sememangnya hal yang sukar untuk difahami.

"Apa yang penting, sistem sokongan perlu kuat untuk kita menempuhi situasi sebegini," katanya kepada BH Online.

Foto: IG Hanez Suraya

Sudah lama ia berlaku namun baru sekarang Hanez berani untuk berkongsi penderitaan tersebut.

"Ia memang sudah lama melingkari hidup saya. Cuma, ketika itu saya lebih banyak memendamkan masalah terbabit. Saya tidak pernah meluahkan kepada sesiapa, jauh sekali mahu bercakap mengenainya.

"Apabila industri hiburan digegarkan dengan cerita hal kemurungan yang dihadapi insan seni, terdetik dalam hati saya untuk berkongsi mengenai perkara ini.

"Saya mula meluahkannya di nota telefon bimbit hingga menjadi seperti diari. Seterusnya, saya bercerita pula dengan menulis di Insta Story di Instagram. Tanpa diduga, ramai yang menghantar mesej dan mengakui, mereka senasib dengan saya," katanya.

Foto: IG Hanez Suraya
Foto: IG Hanez Suraya
Pelbagai simptom dialaminya dan ketika itu barulah dia sedar akan perubahan diri yang berlaku kepadanya. Antaranya adalah berat badan yang semakin susut, kesejukan, ketakutan, ketar kaki, panik dan kebimbangan. Keadaan ini menyebabkan dirinya sampai tahap memikirkan soal kematian.

"Mujur saya belum sampai ke tahap kronik sebegitu. Saya seperti berhalusinasi dengan diri sendiri, mendengar suara halus yang menakutkan.

"Ketika itu, saya mengelak daripada berjumpa pakar kerana takut nak makan ubat. Saya sebaliknya lebih banyak menyertai program usrah dan mengikuti ceramah agama, sejak Oktober tahun lalu. Ia atas undangan seorang wanita bergelar Datin, yang mengadakan aktiviti berkenaan di kediamannya.

Foto: IG Hanez Suraya
"Menerusi program itu, saya dapat kawan dan keluarga baharu serta berasa lebih tenang. Saya juga berkenalan dengan seorang ustazah yang kemudian membantu saya dalam bacaan al-Quran," katanya.

Tidak sangka Hanez pernah sakit sampai tahap begini. Moga Hanez sentiasa ditemani orang yang baik-baik yang membantu mengembalikan semangat Hanez dalam meneruskan hidup. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 20-6-2018 04:38 PM
Swmoga ceptat sembuh
Quote pearl.silver 20-6-2018 04:40 PM
Haa sudah..
Jgn tambah bilangan mak2 sembelih anak plak
Nk dekatkn diri pd agama tu boleh, tp tolong bg balance..gi juga jumpa doktor pakar..
Ustazah2 tu bukan psikiatris
Quote zulka 20-6-2018 04:42 PM
gambar bawah sekali tu nampak muka mcm dah tua
Quote chicozinn 20-6-2018 04:47 PM
kifarah kot sebab gi berjimba dengan laki orang sampai viral tiket flight dia dulu..pokoknya, janganlah mencaras laki orang tau..dulu bek2 ko ngan awi rafael tup2 gi kejar laki orang dah knape??

*in b4, liyana manan ape citer skang?
Quote LostStar 20-6-2018 04:49 PM
hadap la.. bayaran bagi siperampas...
Quote abangadek 20-6-2018 04:52 PM
perampas mmg hidup tak pernah aman bitch, oh ya muka anak dia mcm liana manan
Quote ALDRIN 20-6-2018 04:58 PM
Hanez nih laki control sangat. Sheols minat berlakon..tp laki x kasi...
Quote balakkampung 20-6-2018 04:59 PM
mmg nampak kurus betul..cengkung dah...moga cepat sembuh
Quote MizzNaza 20-6-2018 05:06 PM
Ada nampak dia join petronita bazaar kat petronas last puasa. Nampak cengkung je pun
Quote pakis_hutan 20-6-2018 05:08 PM
Last picture nampak haggard, awat lakinya macam dipam-pam?
Quote noraidil_06 20-6-2018 05:09 PM
Patutlah asyik mintak cerai mgkn sbb sakit dia ni la
Quote ReginaGeorge 20-6-2018 05:12 PM
Bimbang husband dirampas orang.
Quote shernazz 20-6-2018 05:34 PM
Iols.kalau amek.laki.orang pon.iols akan diserang kebimbangan juga
Quote sukacactus 20-6-2018 05:50 PM
Yg dikejar dah dapat tp jiwa xpernah aman...kifarah kah ini?
Quote HYSB 20-6-2018 05:54 PM
Kan sbb dah pernh merampas laki org so dia thlaa mcm mane selok belok merampas
Quote chazey 20-6-2018 05:56 PM
Hmm, akak macam nak kesian sebab akak tahu gimana severenya serangan anxiety disorder yang datang sekali dengan pakej depression nih. Kelig akak sampai fikir nak bunuh diri, berpsikosis halusinasi bagai tahu padehal kejanya apa? Ustaz, uols.

Tapi mengingatkan zaman2 ko kekwat dulu macam tak jadi akak nak kesian. Kelig akak tu pun dulu dengarnya sangat kekwat especially zaman muda trangtangtang. Bila dah sakit baru reti humble sikit. Apa tak kekwat lulusan Al Azhar koooo.
Quote mixed 20-6-2018 06:00 PM
chazey replied at 20-6-2018 05:56 PM
Hmm, akak macam nak kesian sebab akak tahu gimana severenya serangan anxiety disorder yang datang se ...

sheol ada pg kelas penyakit ni npk kt igs sheol
pastu hseol ada offer sekali followers sheol yg ada
masalah sama cam sheol

ketakutan laki di caras org pun barang kali

Quote melinda_kerr 20-6-2018 06:15 PM
jgn ketawakan org kes yg mcmni. org yg hadapi jer tau mcmana nk survive.. penyakit ni tak kira kau baik ke, kau ckup solat ke, kau pernah buat jahat ke. pegi mampus siapa yg kata kifarah2 dan balasan dosa tu.
Quote chazey 20-6-2018 06:22 PM
mixed replied at 20-6-2018 06:00 PM
sheol ada pg kelas penyakit ni npk kt igs sheol
pastu hseol ada offer sekali followers sheol yg a ...

Ai think sheol dah kena severe anxiety disorder. Bertabah la.

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041346 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top