Empat pencuri yang menyamar sebagai pengawal peribadi memecah masuk kediaman Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Lembah Klang.
mStar Online melaporkan, kejadian dipercayai berlaku pada Ahad, kira-kira pukul 8.30 pagi. Antara barangan yang dicuri termasuk cermin mata hitam, pakaian, beg tangan, bagasi dan dua dekoder kameran litar tertutup (CCTV). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, "Kita belum mengenal pasti nilai barang-barang yang dicuri. "Pengawal keselamatan membuat berhubung insiden dengan mendakwa kesemua suspek memberitahunya mereka adalah pengawal peribadi.
"Mereka beritahu tidak dibayar oleh Jamal dan mahu mengambil pakaian dan baju." Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Sehingga kini Jamal sedang diburu dan waran tangkap telah pun dikeluarkan terhadap beliau. Ini berikutan beliau gagal untuk hadir terhadap kes didakwa memecahkan botol arak di pintu utama bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) pada Oktober tahun lepas. -CARI
|
28
Bagus |
14
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Mahathirina replied at 20-6-2018 05:52 PM
Songlap CCTV tu seswatu sangat..
HannahMontana replied at 20-6-2018 08:47 PM
Jgn jadi boodh , yg dicuri tu adalah barang yg jamal suruh
HannahMontana replied at 20-6-2018 08:47 PM
Jgn jadi boodh , yg dicuri tu adalah barang yg jamal suruh
ADVERTISEMENT