Semalam, peguam Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman polis terhadapnya berhubung siasatan menghalang tugas penjawat awam dan didakwa menculik ditolak. Harian Metro melaporkan, Siti Kassim ditahan kira-kira pukul 12.40 tengah malam Sabtu lalu selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita mengenai anak perempuannya berusia 24 tahun yang dipercayai dilarikan oleh Siti Kassim ketika menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang pada Khamis lalu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat, Siti Kassim didakwa melarikan wanita itu ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang. Tambah Fadzil, polis kemudian menyelamatkan mangsa dari sebuah unit kondominium di Segambut, lebih kurang pukul 9 malam kelmarin.
Wanita itu bagaimanapun mendakwa tuduhan Siti Kassim menculiknya, yang dikatakan dibuat oleh ibunya sendiri, adalah satu pembohongan. Sehubungan itu, Ambiga Sreenevasan yang mengetuai 12 peguam yang mewakili Siti Kassim berkata, majistret tidak membenarkan permohonan reman itu kerana tidak memenuhi syarat untuk beliau ditahan lanjut. "Selepas mendengar hujah pihak polis dan peguam, majistret telah tolak permohonan reman," jelas Ambiga. Siti Kassim sebelum itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang dalam pakaian lokap, dengan tangannya bergari dan diiringi lima anggota polis.- CARI |
17
Bagus |
28
Marah |
13
Terkejut |
17
Sedih |
29
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tanakkampung1x replied at 24-6-2018 05:57 AM
Berapa umur anak ini? Kalau bawah umur memang masih dalam jagaan ibubapanya
xAthenax replied at 24-6-2018 06:13 AM
Budak tu umur 24 tahun
maknya jenis control freak
pi report katanya anaknya nak murtad
OrenTheReturn replied at 24-6-2018 06:08 AM
Tak perlu sampai nak tangkap siti kassim. Just ambik kenyataan sudahlah, elakkan menganiaya org dlm ...
ADVERTISEMENT