Isu yang membabitkan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun sedang heboh menjadi bualan sekarang ini.
Walau bagaimanapun Polis Kelantan menolak kemungkinan unsur jenayah dalam kes tersebut. Astro Awani melaporkan, siasatan pihak polis mendapati tiada sebarang unsur paksaan, ugutan, rayuan, atau pedofilia terhadap kanak-kanak terbabit. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, "Siasatan kes berkenaan dibuka selepas kami menerima laporan polis yang dibuat oleh isteri kedua lelaki tersebut yang berumur 34 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam.
"Kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan difahamkan ia kini disiasat di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 kerana berkahwin dengan wanita berusia bawah 18 tahun." Suami kanak-kanak tersebut yang juga seorang peraih getah sekerap tidak ditahan kerana perkahwinan tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perkahwinan tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang. Hal ini kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang yang lebih tua, selain kerana budak itu adalah di bawah umur iaitu 11 tahun. Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyatakan bapa yang menikahkan anak bawah umur sebab miskin tak layak jadi wali. “Biarpun tiada paksaan dalam Islam untuk menikahkan anak perempuan, namun pelbagai dalil mensyaratkan kerelaan wanita dalam perkahwinan. “Anak perempuan yang di bawah umur, yang tidak memahami realiti apa yang dipersetujui tidak boleh dianggap rela,” katanya di Facebook.- CARI |
10
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
24
Sedih |
3
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Dwdrum replied at 2-7-2018 11:15 AM
Dicrimination pada yang miskin .....walau pun anak dari darah sendiri ...
sofiazara replied at 2-7-2018 11:13 AM
ooo kalo miskin tak boleh jadi wali
eyansss replied at 2-7-2018 11:27 AM
kalau salah baca memang akan jadi lain... maksudnya, bapa yang kahwinkan anak atas alasan miskin, ...
ipin replied at 2-7-2018 11:33 AM
depa belajar agama takat tadika kemas sj..tp rasa mcm pandai..
sj cari jalan nak burukan agama ...
ADVERTISEMENT