CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Tuduh Akaun Dihalang, Safiey Iliyas Bidas Dr Amalina

2-7-2018 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7887| Komen: 21|Original author: Oleh: Suzy


Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja dua personaliti popular ini berbalas komen mengenai halangan akaun media serta isu pemakanan ubat dan produk kesihatan di instagram.

Safiey, menerusi muat naiknya semalam, mengeluarkan kenyataan tentang seseorang yang dikatakan mencela produk kecantikan dan makanan tambahan di pasaran. Nama penyanyi tersohor, Dato Siti Nurhaliza turut diheret bersama.


Foto: IG Safiey Ilias

Bagaimanapun, Safiey tidak menyebut petikan itu ditujukan kepada siapa. Namun, beberapa jam kemudian pelajar cemerlang yang kini bergelar doktor bedah di United Kingdom, Dr Amalina Bakri meninggalkan komen di bawah muat naik tersebut.


Foto: IG Safiey ilias

Dalam komen itu, Amalina menerangkan tentang tidak pernah menghalang akaun Safiey dan dia juga memohon maaf bagi pihak pengikut akaun media sosialnya yang mengaitkan namanya dalam notifikasi di media sosial. 

Amalina mengatakan, sebarang kenyataan berkaitan makanan tambahan dan produk kecantikan di pasaran adalah bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor. Amalina juga berharap supaya Safiey menguruskan perkara ini dengan lebih profesional.


Foto: Google

Betul juga kata Safiey mengenai ubat-ubatan yang dibenarkan juga mempunyai kesan sampingan, tetapi tidak salah Dr Amalina menegur pengeluar produk kecantikan yang kini tumbuh bagai cendawan. 

Produk yang membanjiri pasaran kini, ada di antaranya tidak mengikut prosedur ditetapkan. Malah, sudah terbukti beberapa kali produk ini mempunyai racun berbahaya dan ditarik dari pasaran. 

Jadi, kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Ataupun, cegah sebelum rawat dengan menjaga kesihatan dan diet pemakanan yang betul, maka tidak perlu ambil pil tambahan atau kerap ke hospital. Setuju tak netizen? - CARI
10

Bagus
18

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 2-7-2018 11:53 AM
Dorang dua ni RETIS ke????
Quote Despacito 2-7-2018 11:59 AM
Hahaha bkn retis pun, sama jer dua2 ni attention seeker.
Quote manehnya 2-7-2018 11:59 AM
nmpak benar kebuduhan pudin bila ber reply ngan dr amalina...............

bimbo jenis fondant hormon bercerlaru
Quote MeghanK 2-7-2018 12:00 PM
retis ke wartawan cari kelas belakang lagi
Quote leftrani_kel 2-7-2018 12:04 PM
Sapi.. Sapi.. Nape la ko Jd mcm ni..
Quote saladin780 2-7-2018 12:39 PM
kalu tgk muka dah bleh  berlakon citer avatar dah ko sapiee..tingal cat kaler biru jer
Quote SLAManya 2-7-2018 12:55 PM
Bila orang bebal membidas orang pandai
Quote fifie_olin 2-7-2018 12:57 PM
si amalina ni pon skg dh lain mcm jek dia pya style..
x mcm doktor plk dh
gigih tayang laki sheols skg
Quote roti_banjir 2-7-2018 02:33 PM
aku tak rasa Dr Amalina tuh attention seeker... apa yg dia komen dan dia terangkan tuh memang perkara fakta... dan kalau lar rakyat Malaysia nih still nak membacking si sapi atas alasan Dr Amalina tuh lupa diri, memang dah sejenis letak otak lam lutut agaknyerrr….
Quote DeeHanania 2-7-2018 03:08 PM
roti_banjir: aku tak rasa Dr Amalina tuh attention seeker... apa yg dia komen dan dia terangkan tuh memang perkara fakta... dan kalau lar rakyat Malaysia nih still ...

Setuju ssngat @roti_banjir.
Apa yg Dr. Amalina komen tu ada btol yer
Makin menjadik2 laa c Sapi nie...
Dia pun sama gak membongak,
Sedih ngokkan
Quote kucingitam 2-7-2018 03:43 PM
jgn di layan safiey tu.. makin dilayan makin menjadi..
Quote haliamerah 2-7-2018 04:07 PM
safi tu fhm ke ape yg dr tu reply?.. dr tu sebagai dr memg perlu tegur la ape yg produk x elok...kalau amalina tu ustazah,,die dh tgur dh psl jantina safi...
Quote mieymiey 2-7-2018 04:29 PM
Betul juga kata Safiey mengenai ubat-ubatan yang dibenarkan juga mempunyai kesan sampingan


Dah kalau si Sapi tu tau ubat yang dibenarkan pun ada kesan sampingan, suruh heshe fikir sendiri la apatah lagi produk timbang kilo yang dah sah-sah menjahanamkan badan. Bongok bertingkek tingkek
Quote EL75 2-7-2018 05:46 PM
x faham,,but still ada org leh percaya product si safi nie
Quote whadda 2-7-2018 06:02 PM
harus la sapi living in denial.. money come first baginye.. bukan dia guna pon product2 sampah dia..

harap2 dr amalina tak botox bile di ambang2 umur hujung 30 an
Quote ohnoLia 3-7-2018 12:29 AM
Masalahnya   supplement pill dr safiey tu ... apakah terbukti lebih teruk kesannya dr dadah ubat2an...?
Apakah buktinya?  
Quote Clan204 3-7-2018 02:45 AM
dua2 nh jenis kuda perhatian ke?
Quote sue_liah 3-7-2018 09:11 AM
dh mcm sama pulak muka si safiey & amalina ni
Quote enji 3-7-2018 11:25 AM
Fake vs original

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039069 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top