CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq Sokong Cadangan Had Umur Mengundi Diturunkan Kepada 18 Tahun

6-7-2018 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1932| Komen: 16

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Kerajaan Pakatan Harapan(PH) mungkin bercadang had umur mengundi rakyat negara kita diawalkan daripada 21 tahun ke 18 tahun.


Memetik laporan Astro Awani, cadangan tersebut turut disokong oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahmn.


sumber : carian internet

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, tindakan itu wajar, namun terlebih dahulu satu program pendedahan politik perlu diberikan kepada golongan muda khususnya pelajar di peringkat menengah atas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di ibu kota semalam.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengenai bagaimana pendedahan berhubung proses demokrasi boleh diterapkan di peringkat sekolah."


Beliau turut menjelaskan, di beberapa negara lain, umur 17 atau 18 tahun sudah layak mengundi dan ia sudah mulakan sejak 1960-an lagi.

"Jadi kenapa di Malaysia (ada yang) berpendapat anak muda tak tahu (apa) dan melabelkan mereka ini golongan 'WeChat' sahaja."

Tambah beliau, program Parlimen Belia merupakan antara contoh pendedahan politik yang boleh dimanfaatkan golongan muda dan usaha seumpama itu perlu diperkasakan dengan penglibatan lebih ramai remaja.- CARI




36

Bagus
21

Marah
30

Terkejut
26

Sedih
44

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (183 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shirley23 6-7-2018 11:19 AM
Umur menteri juga patut ada had minimum, sekurang-kurangnya 35 tahun dan ke atas. ;)

18 yo is too young dan mudah dipengaruhi la saddick. Kekalkan jer lah umur minimum 21 tahun tu.
Quote saviour_09 6-7-2018 11:26 AM
yesss awalkan bro
awalkan
kalo budak2 ni esok termakan pulak kempen pembangkang, jangan terkejut la kalo ko pulak jadi pembangkang
Quote bakingsoda 6-7-2018 11:33 AM
sokong mende nya, bukan kau ke yang cadang? boleh kekalkan kerusi sendiri bila kau boleh pengaruh undi dr bbnu birah kan
Quote RatuDunia94 6-7-2018 03:19 PM
Advantage utk heols la kan.. Supaya adik2 bbnu undi heols.. Btw kat sekolah xde ajar ke pasal demokrasi n pilihan raya ni? Rasanya dlm subjek sejarah adakan tp x terperinci n menyeluruh. Maybe patut subjek Pengajian Am utk Ting 6 tu kena sutuh budak form 4 n 5 amik wajib lulus SPM.
Quote futtbuck 6-7-2018 04:02 PM
klau 18 bole dihukum gantung

klau 18 bole pegi bperang

klau 18 bole diknakan rogol statutori,bukn dihantar henry gurney

yg mmg ptot bole mengundi

lau x raise semua hukuman tu 21,sbb dergkn budk2 lg,pasni 20 tibai 14 x jail lh
Quote clarizsa 6-7-2018 04:03 PM
Palahotak dia

Quote Siti_Mustaqim 6-7-2018 04:12 PM
Macam mimpi je aku ni bila dia ni jadi Menteri. Woiiii menyampah giler lah...
Quote alesandra 6-7-2018 06:47 PM
Shirley23 replied at 6-7-2018 11:19 AM
Umur menteri juga patut ada had minimum, sekurang-kurangnya 35 tahun dan ke atas. ;)

18 yo is too ...

kann.mmg la budak2 skrg lebih terbuka,bijak pandangan isu semasa.tapi berapa kerat sgt yg matang.. yg boleh buat keputusan rasional.aku pun tak setuju 18 tahun tu.kekalkan je 21 tahun.tapi kalau nak masuk parti politik ke hapa 18 thn tu lantaklah...
Quote Skuau 6-7-2018 07:20 PM
naper x 11 taun...11 taun dh baligh...dah boleh kawen...haper???
Quote zie_indah 7-7-2018 09:29 PM
18 mida sangat muda sgt duit blnja sekolah pun mak bapak ok le 21 tahun jgn dikurangkan lagi dik sadiq ye...apa kata kalo menteri nak skit skurang2 30 ok dak...
Quote AbukRokok 7-7-2018 09:35 PM
had umur mengundi nk diturunkan
had umur kahwin dinaikkan


Quote borrow 7-7-2018 09:43 PM
18 thn tp educated tapa la. Ini byk status mat2 rempit & minah kpop ja. Oppa Oppa. Tak yah la
Quote slyfynx 7-7-2018 09:48 PM
Sometimes bercakapa byk ni lg nmpk x bijak
Ade mase kene senyap jgk Syed Saddiq.
U are one of the lucky ones yang terpilih untuk jd menteri pada usia muda, act like one.
Kalau yg baru ni pun banyak ckp bukan2, kosong, ape beza dengan yang lama?
Quote spankee_fili 8-7-2018 08:49 PM
Ye ye nape tak 11 tahun jek..!
Dah baligh so matang dah kan..
Kalau akal cukup untuk jadi seorang isteri, beranak besarkan anak tiap hari, ape sangatla mengundi 5 tahun sekali..
Quote cenkudu 8-7-2018 09:03 PM
tolong expert buat kajian sikit tahap membuat keputusan rakyat Malaysia bila berumur 18 tahun. bila tanya yang atas 21-25 tahun pun nampak tak matang bila berfikir dan berhujah pasal politik. senang dipengaruhi dan tak boleh bezakan fakta dan bukan fakta. pelajar universiti pun sendiri bila buat assignment tak pandai nak memilih reliable source untuk di cite dalam assignment.  daripada observation saya tu memang saya rasa 18 tahun ni tak sesuai untuk mengundi lagi. kekalkan 21 tahun.
Quote batmana 8-7-2018 09:27 PM
Aku rasa baik naikkan lagi umo.jadi 30 tahun ke apa.
Ni 29 tahun masih sibuk main Tik tok,wat viral bodo2.cmni nk harap pilih pemimpin?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.290635 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top