CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

20 Istilah Masa Hadapan Yang Melucukan, Tapi Jangan Malu Digunakan Pula Ya

6-7-2018 05:19 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 8151| Komen: 13|Original author: Oleh: Suzy


Istilah baru telah diperkenalkan beberapa bulan yang lalu bagi menggantikan istilah Bahasa Inggeris secara literal. Namun, ada di antaranya kedengaran agak janggal dan melucukan. 

Tetapi, tahukah anda istilah ini dicipta setelah melalui beberapa langkah penting? Portal SOSCILI berkongsi bagaimana istilah berikut diwujudkan.


Foto: Facebook Munsyi Muda Bahasa


Salah satu perkataan yang menjadi tumpuan adalah tunafoto hingga perkataan ini menjadi fenomena di Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Ketika diperkenalkan, ramai yang terkejut kerana sering mengaitkan tuna dengan sejenis ikan. Sebenarnya, ada kisah disebalik pemilihan perkataan ini. Apabila dirujuk pada Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tuna mempunyai beberapa makna iaitu,

1. Sejenis ikan laut daripada famili Scombridae yang badannya agak bulat panjang dan muncungnya lancip. Biasanya isinya ditinkan sebagai bahan makanan
2. Luka, cacat, rosak (Slang)
3. Tidak mempunyai (Bahasa Sanskrit)


Contoh Tunafoto
Sumber: Google

Bagi menerangkan istilah Bahasa Inggeris dengan terjemahan yang tepat dan lengkap, kaedah yang digunakan adalah proses pinjam terjemah dengan terjemahan langsung.


Sumber Foto: Google

“Istilah ‘tunafoto’ dicipta dengan menggunakan proses terjemahan langsung iaitu daripada 'photobomb’. 'Tuna' ialah imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tiada, cacat atau tidak sempurna.

“Tunafoto merujuk kepada keadaan gambar foto yang terganggu, rosak atau tidak sempurna disebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak dijangka ketika foto itu diambil,” Ujar Fariza Nurbaya, Guru Pakar Bahasa Melayu yang dipetik daripada laman web SOSCILI.

Teknik yang sama juga digunakan untuk perkataan 'butang tekan' yang diterjemah secara langsung dari 'push button'

Menurut Fariza lagi, contoh perkataan lain yang diterjemahkan secara langsung adalah 'pengkomputeran awan' yang diambil daripada 'cloud computing'. 

Bagaimana, setuju tak dengan pemilihan istilah-istilah di atas? Selepas ini anda tidak perlu risau ditertawakan apabila menggunakan istilah-istilah ini. Ia dipilih secara intelektual ya, bukan secara semberono saja. - CARI
10

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
20

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-7-2018 06:02 PM
Masa mula diperkenalkan nampak lucu tapi lama2 dah jadi biasa
Quote Orix 6-7-2018 10:45 PM
Puas ku fikir ape ke bunting itu... otak fikir hamil je... selepas bbrp saat bru faham
Quote munchkin 6-7-2018 11:23 PM
Hmmmm. ...
Quote gekkou 7-7-2018 10:34 AM
paling susah aku nak sebut adalah JERAYAWARA = road show
Quote Catpaw 7-7-2018 12:36 PM
ok nap= meridap baru tau hari ni.
Tak rasa janggal pun, suka dan bangga je dengan BM {:hooray
Quote RatuDunia94 7-7-2018 12:45 PM
Bahasa melayu ni suku kata perkataan nya panjang2. Pastu kebanyakan jd 2 perkataan.
Quote 234126 7-7-2018 10:00 PM
Jerayawara? No thank u. Tunafoto? *krik krik*
Quote azwanaliori 8-7-2018 12:56 AM
234126: Jerayawara? No thank u. Tunafoto? *krik krik*


Ntah peliknya nk karang ayat

ali telah MENTUNAFOTOKAN gambar abu dan semah dengan memunculkan dirinya di belakang abu saat swafoto diambil.
Quote 234126 8-7-2018 08:29 AM
azwanaliori: Ntah peliknya nk karang ayat ali telah MENTUNAFOTOKAN gambar abu dan semah dengan memunculkan dirinya di belakang abu saat swafoto diambil.
hahahahaa kan? Tuna tu x boleh lari la memang akan sentiasa terkait ikan tuna / tuna sandwich
Quote EvieWanKenobi 8-7-2018 09:42 PM
tuna foto..
Quote chinta89 9-7-2018 10:53 AM
tunafoto....................
Quote buapakperut 9-7-2018 11:55 PM
Comel je makanan cekut huhuhu
Quote misscendol 11-7-2018 03:50 PM
jenuh la budak spm nak buat karangan nnt

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054511 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top