Pelik tapi benar. Kebiasaannya kita dengar keropok lekor diperbuat daripada isi ikan. Namun suatu perkongsian di Twitter mengatakan keropok lekor bermaksud keropok lingkar kerana bentuknya yang berlingkar-lingkar dan bukan bermaksud keropok ikan.
Jadi keropok lekor tidak semestinya diperbuat daripada isi ikan. Ia boleh jadi isi udang, sotong, udang atau Mi Sedap seperti resipi di bawah ini. Jom tengok bahan-bahan resepi pelik ini! Bahan-bahan: Mi Sedap 6 sudu tepung ubi Tepung gandum secukupnya Sebiji telur gred A. Cara-caranya: 1)Rebus mi sampai kembang. 2)Kemudian tumbuk mi sampai lumat. 3)Masukkan telur dan perencah kecuali kriuk kriuk bawang. Kalau tak nak tumbuk boleh masuk semua dalam mesin pengisar. 4)Lepas dah sebati, tambah tepung ubi enam sudu dan uli sampai sebati. Letak tepung gandum secukupnya agar tidak melekat. 5)Selepas uli, gulung jadi bentuk silinder. 6)Didihkan air, letak garam sikit dan rebus sampai terapung. Lepas tu angkat. 7)Kemudian potong macam keropok lekor biasa dan goreng sampai garing. Siap! Kalau nak masin boleh tambah garam sikit masa kisar. Jom cuba! Tengok rasa dia lebih kurang keropok lekor yang biasa anda makan atau tidak? - CARI
|
37
Bagus |
15
Marah |
27
Terkejut |
26
Sedih |
21
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT