CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Video Berebut Makanan Pelancong Tular: Kaum Bajau Laut Dituduh Lanun, Tapi Sebenarnya..

11-7-2018 02:05 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7410| Komen: 26|Original author: Oleh: Whitney


Sabah terkenal dengan keindahan pulau-pulau, kejernihan air laut yang memukau serta keindahan alam semula jadi yang mampu memberikan ketenangan kepada para pengunjung. Tidak hairanlah jika ia sentiasa menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat keindahan dan keunikan yang terdapat di negeri tersebut.

Bagaimanapun, imej Pulau Semporna tercalar gara-gara penularan video tentang kejadian beberapa orang daripada kaum Bajau Laut memanjat bot pelancong untuk mendapat makanan. Mereka dilihat begitu agresif meminta dan merebut makanan yang diberikan oleh pelancong tersebut. 

Lihat video di bawah ini: 



Ramai netizen berasa malu dan mengecam tindakan kaum Bajau Laut termasuk pembawa bot yang membiarkan mereka dilihat seperti lanun atau perompak. Ia sama sekali tidak menunjukkan sikap menghormati pelancong malah memberikan situasi yang menakutkan.



Akibat video yang berdurasi 50 saat itu tular dan memberi imej yang buruk kepada pihak agensi pelancongan di Sabah, seorang wanita yang merupakan pemandu pelancong dan berada di atas bot berkenaan ketika itu tampil membetulkan keadaan dan persepsi netizen.



Itulah, sebelum mengecam atau membuat apa-apa spekulasi, ada baiknya netizen memahami dan mengetahui sesetengah cara hidup suku kaum di sabah yang masih mengekalkan tradisi mereka. Ramai juga netizen yang cuba membantu menjelaskan tentang kehidupan suku kaum bajau laut.


Apa-apa pun, rasai dan alami sendiri pengalaman ketika berada di sana supaya ia dapat membetulkan tanggapan terhadap kaum bajau laut. Ia tidaklah seteruk yang dilihat di dalam video tersebut. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 11-7-2018 02:27 PM
bila tgk video tu mmg takut
Quote zulka 11-7-2018 02:39 PM
bangsa sakai
Quote misscendol 11-7-2018 03:29 PM

Xbaik cakap cmtu...
Quote Cyempaka 11-7-2018 03:33 PM
kesian pulak tgk nenek tua tu panjat bot
Quote zulka 11-7-2018 03:33 PM

maaf
Quote sepiITUindah 11-7-2018 05:11 PM
depa ni  org tanpa warga negara
memang kalau nampak bot pelancung mai...memang kena serang ngan depa
Quote munchkin 11-7-2018 06:00 PM
Scary. ....
...
Quote moonbug 11-7-2018 06:02 PM
sepiITUindah replied at 11-7-2018 05:11 PM
depa ni  org tanpa warga negara
memang kalau nampak bot pelancung mai...memang kena serang ngan de ...

So diorang ni warga Sabah ke macam mana?
Quote rayray28 11-7-2018 06:23 PM
Hmm still scaru juga kalau dok bwk anak kecik..mmg dia ckp takat ni xde lg bot terbalik ke apa itu mujur tak jadi cmtu..kalau jadi?lain pulak komennya nt..anyway kesian juga bile tgk dorg smpi berebut mcm ni huhuu
Quote sepiITUindah 11-7-2018 06:32 PM
moonbug replied at 11-7-2018 06:02 PM
So diorang ni warga Sabah ke macam mana?

tak ada warganegara....malaysia bukan...filipina bukan...indon bukan
Quote Nham22 11-7-2018 08:26 PM
Awat bawa sikit sangat...sian pulak kene meminta2...kat semenanjung makanan buang2x...
Quote mujer_in_espejo 11-7-2018 10:07 PM
Bangsa sea gypsey. Bangsa tanpa negara. Stateless. Bukan warganegara malaysia, bukan jg indon atau filipina. Dorang ni mmg begini. Kalau zmn dulu2 lagi teruk. Bangsa ni tidak bergaul dgn masyarakat darat, nampak ja org darat , terus LARI. Sekarang dah moden.. dorang skg naik darat dah..beli gas, rokok.  kalau korang pergi  Semporna, Lahad Datu , jln2 then nampak manusia berkaki ayam, dgn bedak tepek kat muka, tu la bangsa dorg. Dorang takde IC ke apa.. tapi kalau tak silap dorg pemegang kad UNESCO.. boleh berlabuh di mana2 negara tanpa kena halau.

Isu sea gypsey ni sudah lama bertahun2 kerajaan sabah takleh selesai. Tak pasti mana asal usul dorang, sebab memang dorg hidup nomad pun. Nak halau pun x bleh. Anak2 dorang ni kalau di suruh masuk sekolah, lari..nangis..takut..dan sampai bila2 pun dorag ni takde pendidkan. Tak tau la pula klu ada yg dah naik darat dan masuk sek.

Kalau dulu2 ceritanya bangsa ni tak boleh duk di darat lama sangat, nanti pening lah.. sakit lah.. etc..kehidupan mmg di laut. Jadi jgn la tuduh mereka ni macam2. Mereka bangsa istimewa. Jangan samakan mentaliti orang kita dengan 'org yg duk dalam gua'

Quote diss69 12-7-2018 10:15 AM
Masa akk duduk kt sabah ada jugak jiran org bajau, semporna.. Deorang ok je..
Quote haryatie 12-7-2018 10:29 AM
takut jerk...
nasib x baik rebut2 gitu..da huru hara terbalik pulak ..eee serammm
Quote whadda 12-7-2018 10:49 AM
mujer_in_espejo replied at 11-7-2018 10:07 PM
Bangsa sea gypsey. Bangsa tanpa negara. Stateless. Bukan warganegara malaysia, bukan jg indon atau f ...

gud info

baru tau diorang pemegang kad unesco je
Quote wanokakaka 12-7-2018 11:29 AM
mujer_in_espejo replied at 11-7-2018 10:07 PM
Bangsa sea gypsey. Bangsa tanpa negara. Stateless. Bukan warganegara malaysia, bukan jg indon atau f ...

owhh baru tau.. good info.. tq
Quote AmandaRollins 12-7-2018 11:41 AM
mujer_in_espejo replied at 11-7-2018 10:07 PM
Bangsa sea gypsey. Bangsa tanpa negara. Stateless. Bukan warganegara malaysia, bukan jg indon atau f ...


Baru taw drg pemegang kad unesco
Quote jpbstarlife 12-7-2018 03:05 PM
mujer_in_espejo replied at 11-7-2018 10:07 PM
Bangsa sea gypsey. Bangsa tanpa negara. Stateless. Bukan warganegara malaysia, bukan jg indon atau f ...

ooo good info bos..
Quote mujer_in_espejo 12-7-2018 06:56 PM
diss69 replied at 12-7-2018 10:15 AM
Masa akk duduk kt sabah ada jugak jiran org bajau, semporna.. Deorang ok je..

Kak, Bajau pun banyak jenis.. yg di maksudkan di atas Bajau Laut-Pala'u. Sea gypsey.. bukan yg tinggal di darat dan berumah. Bajau semporna lain.. Bajau Pantai barat sabah pun lain. Bahasa, adat, pakaian tradisi pun beza habis

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042282 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top