Resipi ini dinamakan Sandwich Ayam Keju Leleh walaupun tidak menggunakan sekeping roti sekalipun.
Tak banyak bahan yang diperlukan, namun ia pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan! Bahan-bahan: Dada ayam (bilangan ikut suka anda) Garam Lada Hitam Keju Mozzarella (70g) ½ cawan tepung serbaguna,
2 biji telur, 1 paket Nachos 1. Potong dada ayam kepada dua bahagian dan letakkan di atas papan pemotong. 2. Perisakan dengan garam dan lada hitam 3. Tambah sekeping keju di atas satu bahagian dada ayam dan tutup dengan satu lagi bahagian dada ayam. 4. Dalam sebuah mangkuk, letakkan ½ cawan tepung, 2 biji telur yang telah dipukul dan 1 paket nachos yang telah dihancurkan. Ambil ayam tadi dan salutkan dengan bahan campuran tadi. 5. Goreng ayam sehingga berwarna perang keemasan. Siap! Cuba dengar kunyahan kerangupan Sandwich Ayam Keju anda. Bunyinya boleh buat orang sebelah telan air liur! -CARI
|
47
Bagus |
39
Marah |
41
Terkejut |
55
Sedih |
30
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mizzmimi replied at 13-7-2018 11:39 AM
Kalori berlori-lori
ADVERTISEMENT