Kecoh jadinya bila anak bekas perdana menteri, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkongsi gambarnya sempena perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow.
mStar Online melaporkan Nazifuddin memuat naik beberapa gambarnya di Moscow pada Ahad di mana Perancis menewaskan Croatia dengan 4-2 dalam saingan akhir. Ada satu gambar beliau bergambar dengan Zabivaka, maskot Piala Dunia di Rusia. Nazifuddin juga membuat isyarat bagus di Stadium Luzhniki dan sempat bergambar bersama bekas pemain bola Perancis, Christian Karembeu. "Yeah! Final! Croatia menentang Perancis, mana satu pilihan anda?" tulis Nazifuddin. Sebelum itu pada 5 Julai, media sosial hangat bila gambar beliau makan bersama pelakon Taiwan, Celia Chang di Taipei tersebar. Apple Daily memberitahu pasangan itu dilihat makan bersama di sebuah restoran stik di tumpuan membeli-belah mewah dekat Taipei 101. Seminggu sebelum Nazifuddin ke Moscow pada 10 Julai lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar ikat jaminnya selepas didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB. -CARI
|
6
Bagus |
21
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sofiazara replied at 16-7-2018 04:38 PM
adik heshe sakit tenat kan
annehuda replied at 16-7-2018 04:40 PM
adik tiri tu ke?
annehuda replied at 16-7-2018 04:40 PM
adik tiri tu ke?
zidane_ziege replied at 16-7-2018 04:36 PM
Hasil derma makcik umno sampai ke russia..tahniah..
eyansss replied at 16-7-2018 04:45 PM
kan... ye la, katanya acc semua beku
zidane_ziege replied at 16-7-2018 05:02 PM
Beku sampai nk bayar bill pun xde duit..tup2 lps dpt derma percumanajib..terus boleh pegi russia t ...
ADVERTISEMENT