"Walaupun ada pertikaian berkenaan pelantikan Speaker, namun saya berpendapat itu bukan cara kita nyatakan bantahan."
"Hari ini adalah hari upacara angkat sumpah. Jadi, kita perlu hormati Dewan dan majlis angkat sumpah." Memetik laporan Astro Awani, demikian reaksi Khairy Jamaluddin berhubung sebilangan besar Ahli Parlimen Pembangkang bertindak keluar Dewan atas dasar protes terhadap prosedur pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Tambah Ahli Parlimen Rembau sekiranya bantahan ingin dibuat, ia boleh dibuat ketika perbahasan atau selepas upacara pembukaan esok.
"Kalau bukan esok, boleh juga dilakukan melalui 'Standing Order' pada Rabu." "Saya memilih tidak buat apa-apa tindakan untuk mencemar imej Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang." Selain itu, beliau berkata dirinya tidak pasti samada berkemungkinan akan dikenakan tindakan berikutan tidak menyertai tindakan Presiden partinya keluar dewan. "Saya hanya membuat keputusan yang saya rasa betul untuk hormati majlis." Khairy turut menegaskan beliau hanya bercakap bagi pihak dirinya sahaja.- CARI
|
18
Bagus |
14
Marah |
5
Terkejut |
11
Sedih |
19
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT