Ramai ibu-ibu bekerjaya berada dalam dilema sama ada meneruskan kerjaya mereka atau berhenti kerja untuk menjaga sendiri anak-anak mereka yang masih kecil. Ini berikutan beberapa kes yang melibatkan pengasuh yang cuai, suka memukul dan tidak ikhlas menjaga anak-anak asuhan mereka tetapi hanya inginkan wang semata-mata. Netizen masih lagi terkesan dengan kisah Adik Adam Rayqal yang meninggal baru-baru ni angkara pengasuhnya. Tidak dinafikan, kepercayaan ibu-ibu kepada para pengasuh sedikit tercalar tetapi tetap berharap agar kejadian sebegitu tidak berlaku pada anak-anak mereka. Menyedihkan, tular pula tentang pengasuh yang dikatakan seorang lesbian dan suka melihat serta menghisap kemaluan anak asuhan perempuan mereka. Seorang pengguna twitter telah memuat naik status berkenaan isu tersebut yang bengang dengan mereka yang bekerja sebagai pengasuh. Dia turut berkongsi perbualan pengasuh tersebut dengan seorang ibu melalui pesanan whatsapp yang diperoleh daripada pengguna media sosial yang lain.
Menimbulkan kemarahan netizen Hal ini sekali lagi menimbulkan kemarahan para netizen yang merasa perkara ini seperti tidak masuk akal. Netizen masing-masing mengecam perbuatan pengasuh yang melakukan perkara terkutuk itu selain merasa sangat takut sekiranya ia berlaku kepada anak-anak mereka sendiri. Ramai netizen yang melahirkan rasa terkilan terutamanya ibu-ibu yang bekerja kerana membuatkan mereka berada dalam keadaan dilema. Sehinggakan ada yang sudah tidak percaya kepada perkhidmatan pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka ketika sedang bekerja. Malah, ibu yang sedang bekerja, hati mereka sentiasa tidak tenteram memikirkan keadaan dan keselamatan anak-anak mereka. Tetapi, netizen ini merasa curiga dengan isu yang ditularkan ini kerana seolah-olah ada individu lain yang cuba menganiaya seseorang. Perbualan whatsapp yang tular itu dilihat tergantung dan tidak begitu jelas tentang kejadian yang berlaku. Netizen risau jika ia hanyalah fitnah semata-mata atau cubaan menakutkan para ibu yang meninggalkan anak-anak kepada pengasuh. Walau apapun, kejadian ini diharap dapat membuka mata kita agar sentiasa berwaspada dan peka dengan sesuatu yang pelik terutama melibatkan hal anak-anak. - CARI
|
38
Bagus |
27
Marah |
31
Terkejut |
16
Sedih |
21
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT