Wanita berbadan sado, Nana Al Haleq yang merupakan jurulatih dan penasihat kecergasan kali ini tampil dengan tubuh seksi dengan menayangkan ‘six pack’.
Pasti berkali-kali netizen melihat gambar-gambar tersebut yang dimuat naik dalam Instagram. Rata-rata memang memuji penampilan Nana yang mengagumkan. Nana dalam perkembangan terbarunya akan terlibat dalam sebuah rancangan ‘Who Runs The World With Mong Chin’ yang bakal bersiaran di A+E Networks iaitu Lifetime Asia. Rancangan itu berkonsep digital yang akan bermula pada 23 Julai 2018. Yeah Mong Chin pula merupakan personaliti media sosial di Singapura yang akan menjadi hos bagi rancangan tersebut.
|
ADVERTISEMENT