CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua Pelajar Sekolah Pakai Kasut Hitam Tahun Depan - Maszlee

19-7-2018 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17373| Komen: 206

"Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih."

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata demikian ketika mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan, lapor Astro AWANI.



Foto: Kosmo!

"Baiklah, bermula tahun depan kita (murid-murid) akan memakai kasut hitam di sekolah, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian.

Selain itu, Maszlee menegaskan pihaknya komited mengurangkan beban pelajar menggalas beg sekolah yang berat.

Mengulas mengenai sistem pendidikan, Maszlee menyatakan hasratnya melihat pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa.



“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.

“Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” tegasnya selain ingin memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa. - CARI
39

Bagus
25

Marah
30

Terkejut
34

Sedih
19

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (167 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 19-7-2018 05:46 PM
Kalau akak stoden, akak suka. Selain tak mudah kotor hitam lebey bergaya berbanding puteh.
Quote kelapaparut 19-7-2018 05:47 PM
Akak mengharapkan pakaian bebas mcm sekolah2 amerika tuh, lg jimat kos mak pak
Quote EvieWanKenobi 19-7-2018 05:47 PM
kenapa kasut yang dikisahkan???

masalah beg berat, kekurangan cikgu
lagi perlukan perhatian..
Quote chazey 19-7-2018 05:50 PM
EvieWanKenobi replied at 19-7-2018 05:47 PM
kenapa kasut yang dikisahkan???

masalah beg berat, kekurangan cikgu

Dah mak pak komplen pasal tu, jadilah isu negara.
Quote onexox97 19-7-2018 05:51 PM
yea terima kasih yb
Quote makita 19-7-2018 05:54 PM
Wah bagus, mcm kakak ipar meols..ank dia ke sekolah guna kasut itam. Satu kg kakak ipar meols jaja x perlu basuh kasut sbb mmg color itam.
Msa zaman meols sekolah dulu, kwn ni kasut putih bersih je wpon da hari jemaat. Rupanya dia ada 5 psg kasut.
Quote whadda 19-7-2018 05:57 PM
alhamdulillah.. takde la letih dok menyental nanti

kelas bahasa tu pon dah boleh diwujudkan dari darjah 1.. bagi anak2 mahir bercakap pelbagai bahasa
Quote ajiqah 19-7-2018 05:59 PM
makita replied at 19-7-2018 05:54 PM
Wah bagus, mcm kakak ipar meols..ank dia ke sekolah guna kasut itam. Satu kg kakak ipar meols jaja x ...

i dok terpikir supplier2 kasut yg dah stock up kasut2 putih tu mesti marah punya..
Quote shamsadis 19-7-2018 06:01 PM
saya setuju, susah hidup dengan kasut putih ni, lagi2 duduk dekat cuaca Malaysia yang hujan selalu, kena lecak kotor, pastu nak jemur lagi nak sental nak klorok lagi
Quote znorm 19-7-2018 06:02 PM
Yang ni aku setuju. Takdelah jenuh menyental kasut anak2 sekolah rendah yg selalunya sedeh. Selain tu tak payah dah beli kapur kasut.
Quote ALDRIN 19-7-2018 06:04 PM
Teringat kt sekolah..kasut putih2 pastu kawan terpijak....tu dia boleh perang dunia kedua sbb dah kotor kasut...
Tak paham nape nk make sure kasut putih...putih sentiasa....memori laa



Quote precious_chicas 19-7-2018 06:06 PM
chazey replied at 19-7-2018 05:46 PM
Kalau akak stoden, akak suka. Selain tak mudah kotor hitam lebey bergaya berbanding puteh.

ehh..makbapak pun turut suka . mata tak berbulu tgk anak balik skolah kasut nampak dah comot seawal hari isnin.

Quote ajiqah 19-7-2018 06:07 PM
kelapaparut replied at 19-7-2018 05:47 PM
Akak mengharapkan pakaian bebas mcm sekolah2 amerika tuh, lg jimat kos mak pak

baju tak payah.. nanti nampak benar perbezaan darjat tu.. kalau tukar baju kaler light blue pun i dah cukup happy... tambah2 anak dara i yg darjah 1 sorang ni hari2 baju sekolah kotor mengalahkan boys..
Quote tengkujuh01 19-7-2018 06:08 PM
znorm replied at 19-7-2018 06:02 PM
Yang ni aku setuju. Takdelah jenuh menyental kasut anak2 sekolah rendah yg selalunya sedeh. Selain t ...

alahai...kapur kasut pun ada kaler hitam
tetap kena beli gak !
Quote makita 19-7-2018 06:12 PM
ajiqah replied at 19-7-2018 05:59 PM
i dok terpikir supplier2 kasut yg dah stock up kasut2 putih tu mesti marah punya..

Hahaha eh kalau dorg lelong kasut putih, meols nk borong, bole guna sbgai kasut sukan ke kan.
Quote tengkujuh01 19-7-2018 06:16 PM
chazey replied at 19-7-2018 05:46 PM
Kalau akak stoden, akak suka. Selain tak mudah kotor hitam lebey bergaya berbanding puteh.

tambah sket lg...pakai stokin kaler hitam...

Untitled.png
Quote Suchi 19-7-2018 06:16 PM
chazey replied at 19-7-2018 05:46 PM
Kalau akak stoden, akak suka. Selain tak mudah kotor hitam lebey bergaya berbanding puteh.

Tp kasut putih pkai ngn skinny jeans denim stylo okeh.. iols mak budak ni pun pkai gitu erkk
ripped jeans lagi
Mil iols penah tnya napa iols pkai kasut putih mcm kasut sekolah hihi
Adoi masa tu pkai adidas stan smith.
Iols mmg suke pakai sneakers  suke kaler putih atau hitam senang nk bergerak, walopun suke gak pkai wedges tapi ikut kesesuaian pkaian lah.
Tapi tulah tak semua org leh terima suh iols Pakai tudung sauk bunga2 ngn baju blouse bunga2 pastu pkai selipar crocs yg besar tu.
Quote JohnnySins 19-7-2018 06:19 PM
kuasai 10 bahasa pun peluang pekerjaan takda...tak guna jugak....kau sendiri pun belajar kat jordan tahu bahasa arab pun harap kerja jadi pensyarah uia maszlee...sudah la....wakakakakakakkakaka
Quote Siti_Mustaqim 19-7-2018 06:20 PM
masalah beg berat...kasut itam kasut itamlah

Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.043161 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top