CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

ADUN Balakong Maut Kemalangan, Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Di Selangor

20-7-2018 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5468| Komen: 31


Setelah Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis yang bakal diadakan pada 4 Ogos ini, satu lagi Pilihan Raya kecil akan menyusuli di Selangor. 


Ini berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya, di Cheras awal pagi tadi.

sumber : https://twitter.com/501Awani

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang mengesahkan insiden itu, berkata ketika kejadian Ng dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.

"Kemalangan dipercayai berpunca apabila kenderaan jenis Nissan x-Trail yang dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori."

“Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.” 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam perkongsian twitter turut menzahirkan ucapan takziah.

“Takziah buat ahli keluarga YB Eddie Ng Tien Chee, Ahli Dewan Negeri Balakong yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya."

"Satu kehilangan besar buat kita semua," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Ng yang bertanding atas tiket PKR dan mengekalkan kerusi DUN Balakong dengan perolehan undi sebanyak 41,768 undi, dalam saingan tiga penjuru.- CARI


25

Bagus
11

Marah
4

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 20-7-2018 08:38 AM
umno tak usah bertandinglah...bagi shj dap menang...org sana sokong PH tu..
Quote aHoi83 20-7-2018 08:43 AM
Takziah utk keluarga
Quote jalfa 20-7-2018 08:52 AM
Takziah....bulann 2 hritu husband member langgar lori rosak tepi jalan meninggal jugak....
Quote tricomonas 20-7-2018 08:54 AM
yam seng la tu..kepala ting tong cassssshhhhh
Quote jofizo 20-7-2018 09:02 AM
Simunggu replied at 20-7-2018 08:38 AM
umno tak usah bertandinglah...bagi shj dap menang...org sana sokong PH tu..

mesti bertanding punya sebab bak kat mad maslan rakyat menyesal menyokong ph

musti kena bertanding kalau nk test market...

Quote leylapple 20-7-2018 09:02 AM
RIP, penat kut dgn persidangan parlimen
Quote sinalegna 20-7-2018 09:04 AM
Sian jd adun.. meninggal pun org excited
Quote missbelladania 20-7-2018 09:04 AM
jofizo replied at 20-7-2018 09:02 AM
mesti bertanding punya sebab bak kat mad maslan rakyat menyesal menyokong ph

musti kena bertand ...

musti musti

ala rakyat kan dah menyesal

semua berjemaah tak sabar nk pangkah bn
Quote zidane_ziege 20-7-2018 09:05 AM
Sg kandis dh dpt kat umno..so lobai boleh ambik yg ini..
Quote zidane_ziege 20-7-2018 09:06 AM
leylapple replied at 20-7-2018 09:02 AM
RIP, penat kut dgn persidangan parlimen

Adun x masuk parlimen sis
Quote jofizo 20-7-2018 09:08 AM
leylapple replied at 20-7-2018 09:02 AM
RIP, penat kut dgn persidangan parlimen

adun masuk dun negeri
Quote leylapple 20-7-2018 09:12 AM

ic... whatever it is, takziah and RIP.


Quote jofizo 20-7-2018 09:13 AM
sinalegna replied at 20-7-2018 09:04 AM
Sian jd adun.. meninggal pun org excited

jgn x tau, kalau time bn dulu rakyat bersyukur adun mati tau... ada je prk, rezeki melimpah ruah....sana projek, sini projek... jalan terus bertar ...hihih
Quote Simunggu 20-7-2018 10:57 AM
jofizo replied at 20-7-2018 09:02 AM
mesti bertanding punya sebab bak kat mad maslan rakyat menyesal menyokong ph

musti kena bertand ...

tak..jangan bertanding...BN/umno utk org sabah & sarawak shj...
Quote BoLapciOus 20-7-2018 10:59 AM
salam takziah kepada keluarga mangsa..
Quote moonbug 20-7-2018 11:02 AM
Gelap ke kawasan tu, tak nampak lori kat depan. Takziah
Quote insulin 20-7-2018 11:05 AM
Takziah utk keluarga YB.
Quote jcopy 20-7-2018 12:29 PM
dah join main mahjong bolom???

Quote boboiyot 20-7-2018 12:47 PM
Xyah bertanding la buat bazir duit je....mmg kawasan toktok dap.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052205 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top