Kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung pemakaian kasut sekolah daripada warna putih ke hitam mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.
Langkah ini disambut baik terutama ibu bapa yang 'berbulu mata' setiap kali melihat kasut anak sudah seperti belacan walaupun hari Jumaat lambat lagi. Terima kasih YB! "Boleh jimat kos perbelanjaan. "Memudahkan keluarga daif, tak adalah kasut hitam tu nampak buruk sangat walaupun dah lama tak ditukar dengan yang baru," kata netizen.
Malah, ada yang memberi cadangan lain mengenai uniform sekolah. Bagaimanapun, ramai juga yang menolak cadangan Dr Maszlee itu dengan pelbagai alasan terutamanya penggunaan kasut hitam akan mengurangkan disiplin pelajar. Kasut putih lambang disiplin "Ibu bapa pemalas saja yang akan komplen kasut putih mudah kotor. "Lepas ni konfem budak-budak tak basuh kasut. Habislah kelas semua bau kepam," komen netizen. Selain itu, segelintir pihak mempertikaikan kaitan kasut hitam dengan sistem pendidikan. Apa impak warna kasut terhadap pendidikan? Kalau kasut hitam akan mengurangkan disiplin pelajar, bagaimana pula dengan pengawas? Atau mungkin pengawas juga tidak berdisiplin dan menyumbang kepada bau kepam di dalam kelas? - CARI
|
13
Bagus |
17
Marah |
10
Terkejut |
12
Sedih |
10
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT