CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Keluar Maahad, Masuk TV Senang-senang Jadi Rujukan" - PU dan Dai'e Dihentam?

25-7-2018 04:32 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5324| Komen: 13|Original author: Oleh: Whitney


Jika dahulu, medium dakwah banyak dilakukan di masjid-masjid atau surau-surau tetapi ia dilihat tidak begitu berkesan apabila ia tidak mendapat sambutan oleh golongan anak muda. Oleh sebab itu, selari dengan kemajuan teknologi dan arus kemodenan, dakwah perlu dilakukan dengan cara yang lebih kreatif, santai dan sampai kepada semua golongan masyarakat terumanya generasi muda. Jadi, tidak hairanlah jika kini sudah banyak rancangan dakwah berbentuk realiti TV bagi menarik lebih ramai golongan anak muda mempelajari dan mendalami ilmu agama. 

Bagaimana pun, ada seorang pengguna twitter yang tidak bersetuju dengan rancangan dakwah berbentuk realiti tv kerana dikatakan melahirkan golongan pendakwah dan rujukan agama yang tidak berkualiti atau lebih tepat pendakwah segera. Dia telah memuat naik status tersebut di twitternya dan mendapat pelbagai respon daripada netizen. 


Peserta PU dan Da'i tak layak dijadikan rujukan dalam bab agama
Ada beberapa netizen yang bersetuju dengan pandangannya. Mereka merasakan mereka yang menyertai rancangan sebegitu hanya sekadar inginkan populariti sedangkan ilmunya dangkal dan belum layak dijadikan rujukan dalam bab agama Islam.  




Program menarik dan dakwah santai
Tetapi komen mereka dikecam oleh ramai netizen yang tidak bersetuju dengan status dan pendapat netizen yang mengecam pendakwah di realiti TV. Sedangkan peserta yang terpilih adalah individu-individu yang tidak kurang hebatnya dalam menyampaikan ilmu dan dakwah walaupun ilmu mereka tidak terlalu tinggi. 

Sekurang-kurang, pendakwah realiti TV mampu mendekati golongan anak muda dan menarik minat masyarakat menonton rancangan keagamaan secara santai.  


Sebelum menilai orang, lihat diri sendiri dulu tau!
Netizen turut memulangkan batu buah keras kepada mereka yang mengecam pendakwah realiti TV. Biasanya orang yang cetek ilmu atau jahil ilmu agama sahaja yang berani memberikan pendapat ‘sampah’ sebegitu. 

Ia adalah tanda umat akhir zaman yang mengutuk golongan agamawan yang cuba menyampaikan dakwah malah menyokong rancangan hiburan yang merosakkan jiwa dan akidah. 


Tepuk dada, tanya iman. Jika hendak harapkan generasi muda sekarang selalu ke masjid untuk mendengar kuliah agama, rasanya agak sukar kerana pengaruh hiburan lebih menarik minat mereka. Apa pendapat kalian? - CARI 

14

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 26-7-2018 12:29 AM
No respect to dai or pu ni. Asyik nak nasihat isu glamour je. Isu recycle, isu haiwan ke, takde pulak nak bising. Cuba pergi perjuangkan nasib org asli ke apa. Ni tak habis2 maki faizroslan. Kononnya dah tegur secara dm tak dgr blh maki depan2 pulak. Naik meluat aku
Quote axl_bach 26-7-2018 01:16 AM
Igt dulu kes Dai Wan ngayat Ukasha Senrose....alhamdulillah berhasil, now dorg dh selamat bertunang
Quote RatuDunia94 26-7-2018 05:42 AM
axl_bach: Igt dulu kes Dai Wan ngayat Ukasha Senrose....alhamdulillah berhasil, now dorg dh selamat bertunang



Dai wan tunang dgn uqasha?? Bukan heols dh kahwin ke?
Quote MadameOnion 26-7-2018 08:26 AM
Edited by MadameOnion at 26-7-2018 08:28 AM

teruk sangat smpai guna perkataan penghinaan..tapi i perhatikan da'i dan PU ni suka sentuh isu2 berkenaan artis or benda2 viral..so at the same time da'i and PU semua ni dpt la publisiti murahan lepas tu boleh la merempan kat fb or ig live... asyik2 sapi, sajat, faiz roslan,keke..teringat cerita nur cara ustaz adam berdakwah tak guna sosial media pun..terus jumpa face 2 face..
Quote chinta89 26-7-2018 09:09 AM
ade pro dan kontra. aku 50-50.
Quote Orix 26-7-2018 09:11 AM
Setuju jah. Lepas tu mencapub dekat isu2 hot jah. Nmpak sgat...
Quote supernaturalee 26-7-2018 10:03 AM
dai yg muncul dlm program jozan kelmarin

mcm sesuatu


Quote debab76 26-7-2018 11:36 AM
armin replied at 26-7-2018 12:29 AM
No respect to dai or pu ni. Asyik nak nasihat isu glamour je. Isu recycle, isu haiwan ke, takde pula ...

ermm meols setuju chuolss.. sibuk suruh org lain delete gambar kt IG, sampai lupa nak suruh adik sendiri tutup aurat n delete gambar kt IG
Quote renko 26-7-2018 02:10 PM
ada gak spesis berdakwah terpekik2
dah kenapa
ingat org pekak ke
Quote zameyla 27-7-2018 01:50 PM
axl_bach replied at 26-7-2018 01:16 AM
Igt dulu kes Dai Wan ngayat Ukasha Senrose....alhamdulillah berhasil, now dorg dh selamat bertunang

betul ke???
atau ko perli je nie...

Quote tri-max 27-7-2018 02:25 PM
ntahnyer, klu nak dakwah pegilah masuk pedalaman
bagi tarbiah pada mereka yg ketinggalan
ini phone berjahit kat tangan
pung pang pung pang.. main twitter kekdah dakwahnyer
sungguh mencapub
aku smpi la ni tak hafal nama sorang pon PU PA PI,
too much drama dlm pendekatan dakwah
Quote rogayahtop 30-7-2018 07:24 AM
mencapub je sekor2 pun. kalau tak jadi PU pun jadi retis gamaknya muka masing2 mencari glamer.
Quote tikusmontok 30-7-2018 09:19 AM
tertengok pu azman kat program jozan...part jadi pengacara press conference 4 dato...dalam hati waddehek....knpa letak diri level gitu.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048703 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top