Seorang remaja yang dijual kepada pusat pelacuran di Dhaka sejak berusia 13 tahun tampil membuat pendedahan tentang penderitaan yang ditanggungnya selama ini.
Remaja yang dikenali sebagai Rupa (bukan nama sebenar) dipaksa mengambil steroid lembu bagi mempercepatkan pertumbuhan tubuhnya. Daily Mail melaporkan, Rupa kini sudah berusia 19 tahun dan sudah 5 tahun bekerja di pusat pelacuran tersebut. Bangladesh membenarkan pelacuran namun melarang wanita bawah 18 tahun untuk menjadi pelacuri. Walau bagaimanapun dianggarkan hampir 50 peratus pekerja seks adalah perempuan bawah umur, kebanyakannya yang telah berkahwin sebelum dipaksa melacur.
Rupa tinggal dalam rumah di perkampungan pelacur yang didiami bersama 400 pelacur lain. Difahamkan Rupa telah berkahwin sejak berusia 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 30-an dan mendapat seorang anak, namun malangnya suaminya mati dalam kemalangan. Keluarganya enggan menerima Rupa semula dengan alasan tidak mampu menyara dirinya dan anak. “Saya bukan lagi anak dara menyebabkan tiada siapa mahu mengahwini saya." Selepas berhijrah ke Dhaka, dia diperdaya sebelum dijual ke rumah pelacuran di daerah Kandipara. Tiga hari dikurung dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Makanannya dicampur dengan Oradexon iaitu steroid lembu agar tubuhnya cepat membesar dan kelihatan lebih berusia. “Ketika dibawa ke balai polis untuk mendapatkan lesen, bimbang dipukul lagi, saya hanya mengulang apa yang dipesan ibu ayam iaitu saya berusia 18 tahun dan mahu menjadi pelacur dengan rela kerana tiada pilihan lain." Setiap hari dia perlu melayan 12 pelanggan, setiap seorang cuma membayar sebanyak 200 taka (kira-kira RM 9.60). Dia sering dipukul pelanggan, selain tidak menjalani pemeriksaan perubatan bagi mengelak penyakit kelamin. “Saya sering impikan masa depan yang lebih baik, namun sedar saya tidak mungkin mendapatnya.” -CARI
|
26
Bagus |
29
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
15
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tobby replied at 26-7-2018 08:18 AM
Klu lama DAP pegang msia ni pun kita blh jadi Holland benarkan industri sex berlesen .. Bagi hak per ...
ADVERTISEMENT