CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Best Ada Lelaki Sebaya Bapa Belai, Sentuh Sebelum Bersetubuh" - Mangsa Pedofilia

30-7-2018 02:05 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10209| Komen: 21|Original author: Oleh: Whitney


Sudah tiba masanya bagi semua ibu bapa untuk mengambil berat dan perhatian yang sangat serius terhadap kes berkaitan pedofilia!

Jangan hanya menganggap ia sekadar gangguan seksual terhadap kanak-kanak kerana kesannya boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk. 

Asalnya, mangsa pedofilia hanya dilayan seperti seorang anak yang wajar diberikan kasih sayang, belaian dan ciuman. Tetapi, apabila usia kian meningkat, layanan dalam memberikan kasih sayang dengan cara sebegitu perlu ada had dan batasnya termasuklah daripada ibu bapa sendiri. 

Perkongsian cerita tentang mangsa pedofilia yang dimuat naik oleh pemilik Facebook Baitus Solehah ini membuktikan bahawa sudah ramai kanak-kanak yang tewas gara-gara di 'grooming' oleh lelaki-lelaki pedo. 


Akibat seronok dilayan dengan penuh kasih sayang, dimanja dan dibelai, akhirnya mereka sendiri terjebak dengan hubungan seksual walaupun pada umur semuda itu, ada yang masih belum tahu mereka sebenarnya dirogol.



Sedih, masih ramai tak tahu apa itu pedofilia

Ramai netizen yang marah dan kecam dengan lelaki-lelaki pedo. Malah, lebih menyedihkan apabila ramai netizen tidak tahu apa itu pedofilia. Nampaknya, masih ramai netizen yang kurang membaca dan mengambil tahu mengenai isu semasa. 



Kes depan mata pun masih tak nak percaya?

Netizen turut mengecam pihak yang tidak mengambil tahu tentang isu pedofilia sedangkan ia adalah perkara serius yang melibatkan anak mereka sendiri. Lebih parah, ada yang tidak percaya dengan kes-kes sebegini walaupun bukti sudah ada di depan mata.



Salah ibu bapa suka tayang anak

Netizen menganggap, isu pedofilia adalah salah ibu bapa itu sendiri yang terlalu bangga menayangkan gambar anak-anak di media sosial. Malah, ada yang terlalu bersikap terbuka dan selalu mengikuti trend dengan membiarkan anak-anak mereka melakukan tarian tik tok dan sebagainya. 

Ibu bapa, tolonglah peka dengan keselamatan anak-anak ya!



Ibu bapa yang mempunyai anak-anak bawah 13 tahun perlu peka dengan aktiviti anak-anak dan kenali orang-orang yang kerap bersama mereka. Jangan percaya 100% pada sesiapa pun dan perlu ada perasaan curiga agar anak-anak yang sedang di 'grooming' dapat diselamatkan dan masa depan mereka tidak rosak akibat kelakuan dan keinginan anak itu sendiri apabila sudah ketagih belaian. - CARI
21

Bagus
21

Marah
23

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dragonkings 30-7-2018 02:15 PM
Zaman kian berputar.....kita dh kembali kpd jahilliah......manusia yg xda agama.....bnyak2 berdoa agar anak cucu cicit dijauhi dr perkara2 ni......islam itu dtgnya asing...kembali juga asing....
Quote krustykrab 30-7-2018 02:35 PM
masaalah kat sini ialah bila bapak2 pedo ni gunakan agama utk menghalalkan perbuatan mrk.sepatutnya diorg ni di tangkap dan dipenjarakan dan disebat.
ada ramai je pompuan2 sebaya yg diorg blh buat bini, tapi knp nak dienjut jgk budak2 kecik?

kalau kesian kat budak tu, cuba fikir bila bapak pedo dah umo 70 bini ni masih bergetah umo 30an...kalau kaya mcm taibmamud tu ok la, dpt reta utk sara diri bila laki dah mampos...tp kalau hidup pun bini2 tua kena cover, bayangkan nasib budak kecik tu.
Quote manehnya 30-7-2018 02:48 PM
allah ... allah... minta di jauhkan dari kami..
Quote zulka 30-7-2018 03:09 PM
pedo tu apa?
Quote pokaibanktokyo 30-7-2018 04:44 PM
Macam cerita rekaan je. Gambar tah hape hape
Quote haziqah 30-7-2018 05:04 PM
Boleh baca kisah Baitul Solehah di sini https://hati-seorang-ummi.blogspot.com/?m=1
Quote Stella12 30-7-2018 05:18 PM
Nice post,i like your article,great way of explanation.Looking for more articles like this,
Also check my website <a href="https://color-switch2.com" >color switch</a>   Thank you!
Quote Stella12 30-7-2018 05:18 PM
Nice post,i like your article,great way of explanation.Looking for more articles like this,
Also check my website https://color-switch2.com  Thank you!
Quote RatuDunia94 30-7-2018 09:41 PM
Sebenarnya pedo ni dh berleluasa dr zaman dulu lg pon.. Cuma beza skrg ni ada media sosial jd setiap kejadian tu lbh mudah utk tersebar.. Berbanding dulu kalo mangsa buat report pon xde org heboh..
Quote chazey 30-7-2018 10:37 PM
Apa kesah. Kawin je. Ikut sunnah.








Pght.
Quote precious_chicas 31-7-2018 03:49 AM
ya allah...tak boleh bayangkan kesianya budak2 ni termengandung kerana jantan bernafsu puaka. Sedih kerana budak2 tu takde yg boleh bitau derang jenis2 sentuhan berbahaya.
Janganlah tayang2 sangat gambar anak2 baik laki ke pompuan kat fb bagai. Pesan biar berbakul kat anak2 akan jenis2 sentuhan.
Quote gummygummy 31-7-2018 11:29 AM
Allahu. Minta dijauhkan dari kita semua
Quote MeghanK 31-7-2018 12:57 PM
pokaibanktokyo replied at 30-7-2018 04:44 PM
Macam cerita rekaan je. Gambar tah hape hape

jangan nanti bila dah terkena dekat famili sendiri baru nak sedar pedo sememang nya wujud
Quote pokaibanktokyo 31-7-2018 05:31 PM
Ada aku kata pedofilia tak wujud ?
Quote pokaibanktokyo 31-7-2018 05:32 PM
MeghanK replied at 31-7-2018 04:57 AM
jangan nanti bila dah terkena dekat famili sendiri baru nak sedar pedo sememang nya wujud

Ada aku kata pedofilia tak wujud ?
Quote bulanbulat 1-8-2018 12:29 AM
zulka replied at 30-7-2018 03:09 PM
pedo tu apa?

Pedofilia. Keinginan seks abnormal terhadap kanak kanak
Quote zulka 1-8-2018 09:06 AM
bulanbulat replied at 1-8-2018 12:29 AM
Pedofilia. Keinginan seks abnormal terhadap kanak kanak

tq.....
Quote MsKoreanfanatic 1-8-2018 01:28 PM
sedihnyer.. semoga dijauhkan terjadi kat family2 kite..
Quote kucim 1-8-2018 05:59 PM
Act bkn psl aurat yg menyumbang kes pedo ni...90% kes si anak dara baju sopan je kt rumah...tp dorg x dididik drp kecik apa yg patut apa yg tidak apabila mncapai umur mtg...ada kes umo dh 15 tp mandi dgn pakcik dipelok cium pakcik dan dibelai2 mcm anak kecik...katanya dia x tahu...pastu usap2 kemaluan pakcik sampai keluar air...psl dia x tahu....dorg x tahu benda tu x patut....rasa sekolah2 dan ibu bapa patut ajar what is correct and wrong pd anak2...ajar mrk jgn bg lelaki sentuh private part mrk seawal dr kecik lg...sedih baca

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.090399 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top