Pengalaman melahirkan anak pertama sudah tentu menjadi pengalaman yang indah dan tidak dapat dilupakan. Pemilihan botol susu juga mungkin akan merunsingkan new mommy dan poket si daddy kan?
Jom kita tengok senarai botol susu pilihan ibu bapa di Malaysia. 1. COMO TOMO
FOTO : COMO TOMO Menggunakan trademark "Better Than Good", botol susu ini didatangkan dengan dua warna (merah jambu dan hijau) serta 2 volume (150ml & 250ml). Cute sangat! Lembut dan kenyal serta putingnya yang lembut seolah-olah menyentuh kulit ibu. Selain itu, reka bentuk yang lebar memudahkannya untuk dicuci. Ciri Anti-colic pula dapat mengelakkan bayi muntah dan kembung perut selepas menyusu. Jangan bimbang! Botol ini boleh dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro, air mendidih, steam sterilizer dan mesin basuh pinggan mangkuk. Memang bayi takkan perasan ia bukan puting ibu! Biasalah, barang bagus memang agak mahal berbanding botol susu lain. Malah, putingyang agak lembut menyebabkan bayi suka sangat mengigit puting jenis ini. Harga pasaran? RM 89.90 untuk 150ml dan RM94.50 untuk 250ml 2. MIMI JUMI FOTO : MIMI JUMI Trademark "Second Only to Mom" memang sangat sesuai melambangkan fungsi dan rek abentuk botol susu ini. Jom ketahui sebabnya! Ia sangat menyerupai payudara ibu! Jangan bapa pula yang keliru ya!. Diperbuat daripada Grilamid TR, bermaksud ianya dapat bertahan selama tiga tahun dan disteril 10,000 kali tanpa masalah berbanding botol susu yang lain. Sama seperti COMO TOMO, botol ini memiliki ciri Anti-colic dan nipple confusion. Ibu tak perlu risau lagi! Bagaimanapun, harganya agak mahal berbanding produk yang lain selain penutupnya agak mudah tertanggal, sekali gus susu mudah tertumpah. Puting juga agak keras. HARGA PASARAN? RM 79.90 (4oz) dan RM 89 (8oz). 3. TOMMEE TIPPEE FOTO : TOMMEE TIPPEE Botol susu dengan trademark "Closer To Nature" ini memiliki reka bentuk menarik selain menawarkan pilihan yang pelbagai. Rambang mata ibu di luar sana! Reka bentuknya menarik serta harga berpatutan selain memiliki ciri anti-colic dan air vent system yang mengelakkan bayi muntah dan kembung perut. Putingnya juga lembut dan menyerupai puting ibu. Ia juga mudah dicuci. Malangnya, ia mudah tertumpah (pengalaman penulis) dan saiz botol agak besar. HARGA PASARAN? VARIASI MENGIKUT VOLUME, JENIS DAN SET BOTOL. 4. PIGEON FOTO : PIGEON Pigeon jenama yang tidak asing lagi dan semakin mendapat tempat di hati ibu-ibu di Malaysia. Hmm harus cuba botol ini kerana ciri puting peristaltic plus boleh mengelakkan daripada bayi tersedak susu. Ia juga tidak mudah tertumpah jika diterbalikkan. Juga memiliki ciri anti-colic dan Air-Vent System serta puting lebih lembut berbanding Slim neck, sekali gus mudah dicuci! Sangat disyorkan untuk bayi baru lahir. Namun, harganya agak mahal dan tidak mempunyai variasi pilihan reka bentuk. Comel-comel, kan pilihan botol susu ini? Banyak lagi pilihan botol susu di pasaran, namun apa yang penting ibu harus buat kajian sebelum membeli ya! - CARI |
22
Bagus |
24
Marah |
19
Terkejut |
32
Sedih |
11
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT