CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menu Paling TOP Ketika Hujung Bulan! Apa Menu Kegemaran Anda?

6-8-2018 06:18 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 35226| Komen: 44|Original author: Oleh: intvnkamil

Foto : Butterkicap.com 

Menjelang hujung bulan, gaji pun dah semput-semput untuk minyak kenderaan pergi balik kerja. Dengan tolnya lagi, makan lagi. Waktu-waktu begini mulalah otak menjadi kreatif mereka resipi baru. Jom kita tengok senarai makanan TOP ketika hujung bulan!

1. Mi Segera



Resipi yang tidak asing lagi untuk pelajar khususnya. Pelbagai resipi boleh diolah dari mi segera, seperti mi segera goreng, berkuah, dan murtabak mi segera pun ada tau!


2. Nasi putih telur kicap



Menu paling hebat sepanjang zaman! Sedap pun sedap. tak perlu tunggu hujung bulan pun boleh berselera makan, sedap sangat!


3. Nasi Bujang



Teringat pula zaman mengaji di institusi pengajian tinggi, ketika duit habis untuk fotostat kerja kursus. Jika bertuah, dapatlah kaki ayam atau daging seketul dua. Jika tidak, daun bawang sajalah. 


4. Biskut Kering cecah teh, milo atau kopi



Selalu dijamu ketika minum petang ketika berduit, tetapi boleh juga dijamah ketika hujung bulan. Sedap juga. Manis manis mcm tu. 



5. Nasi goreng


Foto - Nasi goreng

Menu paling mudah serta datang dalam pelbagai variasi. Nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng belacan, pilih saja nak yang mana.


6.Telur Bistik Nasi Putih


Foto - telur bistik

Ada orang panggil telur bistik, ada juga panggil telur bungkus. Resipi pun mudah sangat, letak sayur-sayur sikit terus jadi menu sihat. Mudah sangat!


7. Sambal goreng ikan bilis



Sambal ikan bilis ini kalau digoreng sehingga kering boleh tahan berminggu-minggu lamanya. Sangat membangkitkan selera makan dan memang ralit apabila dimakan bersama nasi putih serta telur goreng.


8. Sosej


Foto - Sosej
Sosej, kalau pandai dibeli boleh dapat murah saja! Contohnya di pasaraya Giant, boleh dapat satu pek dalam RM3 saja. Kemudian, boleh dibuat sambal sosej, sosej kicap, roti sosej. Memang enak dan jimat berbaloi-baloi!

Pelbagai resipi boleh kita buat ketika kekurangan duit. Tiba-tiba otak menjadi terlebih kreatif. Kongsikan menu hujung bulan anda di ruangan komen! - CARI
22

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 6-8-2018 07:23 PM
Kentang n.ikan.bilis goreng adalah sangat sedap ..iols.dolu masa study..ni la.slalu masak...
Quote multinicky 6-8-2018 07:37 PM
alamakk sedap plak nasi panas n telur kicap tu....klu ad ikan perkasam plak goreng garing dgn bawang n cili kering rangup, heavennyeeeee
Quote multinicky 6-8-2018 07:39 PM
lpstu biskut kering hap seng aka biskut mayat aka biskut petak tu meols suke patah n pecah2 kan letak byk2 dlm milo panas or teh lpstu hancur2kan kasi jd mcm texture nestum...sedap sgt..
Quote HanaAmani 6-8-2018 08:43 PM
Semua sedappp

Yg jadikan lebih sedap sebab kita makan masa betul2 lapar. Jadi kita lebih menghargai
Quote HanaAmani 6-8-2018 08:44 PM
Tetiba i rasa nak makan hot cup.. Telur takde.. Kalau tak, boleh masak megi kari + telur
Kebetulan hujung bulan ni
Quote merrissa 6-8-2018 08:58 PM
kahkahkah....aku bukan takat hujung bulan....hari2 .....weekend je la makan nasi...xde masa nak masak...tp kekadang weekend pon x masak

kene tambah roti bakar or roti telur dalam menu
Quote 234126 6-8-2018 09:39 PM
Ikan bilis cilipadi bawang banyak!
Quote CardiGans85 6-8-2018 10:11 PM
Ikan bilis + halia goreng + bawang goreng + kicap+ nasi. Ni memang menu bajet. Kalau ada extra duit, telur goreng.

Quote EvieWanKenobi 6-8-2018 10:25 PM
memang menyelerakan menu2 tu..
telur masin tak masuk list ke?
Quote kuzaime 7-8-2018 12:50 AM
Yg no 3..nasik putih, sup kosong n telur dadar, menu peberet masa pgnant dulu..
Quote Achubam 7-8-2018 01:06 AM
Huhuhu masa belajar suka makan kari telur rebus atau kentang bila xde duit
Quote monmonku 7-8-2018 08:07 AM
No 3 tu best..menu xkira masa, on je..
Quote chinta89 7-8-2018 09:08 AM
peveret iols maggi x kira mse awal bulan, tgh bulan atau hujung bulan.

dan


Hot-Mealz.jpg
dan




Quote bawangkecik 7-8-2018 10:06 AM
sardin tak masuk dalam list ehhh, mahal nak mampos

teringat dulu RM1.80 tin kecik skrg nak dekat RM 4
Quote snazzydaisy 7-8-2018 12:04 PM
Ni semua menu sepjg bulan coz semua sedap, kecuali sosej tu..
Telur bistik sedapnya, lama x mkn ni..
Nasi putih + telur dadar mkn panas2 mmg all time favourite, dari kecik sampai sekrg
Quote grizz 7-8-2018 12:09 PM
anak iolls pg ptg siang mlm mmg nasi bujang je..asal tnye nk mkn pe msti jwp telo ngan nasi ngan krup2..huhuhu
Quote Supersirap 7-8-2018 03:46 PM
Roti gardenia letak telur, buat macam ala ala benjo
Quote Foxey 7-8-2018 05:15 PM
maggi ni fox mkn bila tingin je... and menu2 TT sebut tu bkn hujung bulan je, sepanjang bulan pun ye... sbb sempat masak yg tu je...

kadang malas nye pasal, makan nasi panas dengan butter pastu buh kicap and telur dadar satu pun dah cukup sedappp
Quote dubuk 7-8-2018 07:45 PM
ohh buah hatiku maggi kari, perencah kari sejati ku jilat kauuuuuuuuu

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.055835 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top