Berikutan berjaya mengendalikan persidangan Dewan Rakyat dengan baik terutamanya fasih berbahasa Melayu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menarik perhatian pelbagai pihak.
Antaranya Ketua Pembangkang yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin. Memetik laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata dia terharu dengan pujian yang diterima. Tambahnya, minat belajar Bahasa Melayu bermula daripada ibunya yang berasal dari Kelantan. "Dia merupakan seorang kerani di sekolah tapi setiap malam dia akan ajar saya bahasa Melayu. Sejak itu saya sudah jatuh cinta dengan bahasa Melayu, kerana saya percaya bahasa Nusantara ini bahasa yang cukup indah sekali."
Beliau berkata demikian ketika wawancara bersama Utusan Online baru-baru ini. “Ketika SPM, saya dapat A untuk Bahasa Melayu dan saya bersyukur ketika STPM saya dapat A untuk Kesusasteraan Melayu dan A untuk Sejarah Islam, menjadikan saya pelajar pertama di ACS Sitiawan mendapat A dalam sejarah 100 tahun,” katanya. Jelasnya, pengalaman 20 tahun sebagai wakil rakyat banyak membantu tugas baharunya itu. "Saya sedar tanggungjawab ini merupakan satu amanah yang cukup penting." "Sebagai peguam yang berlatar belakang undang-undang, saya berasa cukup sinonim dengan Peraturan-peraturan Tetap Mesyuarat." Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Remis selama tiga penggal sebelum menjadi Ahli Parlimen Taiping dan Teluk Intan.- CARI
|
8
Bagus |
21
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
13
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kucingitam replied at 6-8-2018 10:09 AM
aku tak tau kenapa orang macam benci, takut sangat ke dia ni. Ye la, lepas je keputusan PRU ritu, te ...
cmf_almondpecan replied at 6-8-2018 10:20 AM
Menurut beberapa ramai ahli2 DAP Perak, ada yg meluat dgnnya sbb pelbagai isu. Cuba tanya Fong Po ...
zidane_ziege replied at 6-8-2018 08:41 AM
Cina komunis nga kor ming lebih adil terhadap pembangang melayu berbanding pandikar sabah..
ADVERTISEMENT