Sejak tampil dalam rancangan bual bicara Jozan, nampaknya penampilan Johan mendapat perhatian ramai. Tubuh pelawak itu dilihat kembali kepada bentuk asal yang dimiliknya ketika awal penglibatannya dalam industri hiburan tanah air. Kagum dengan perubahan itu, ramai ingin tahu rahsia kurus Johan. Menerusi temubual yang dijalankan, Johan bukan sahaja menjaga pemakanan yang sihat. Dia turut melakukan senaman supaya dapat menghilangkan lemak yang terkumpul ditubuhnya.
Menurut Johan, setelah melakukan senaman, bukan sahaja lemak di tubuh, malahan lemak diwajah turut dapat dihilangkan. Johan juga berkongsikan tip penting yang diamalkan iaitu berhenti mengambil minuman manis dan makanan bergula. Dia juga memberitahu, dia berhenti mengambil makanan bermula jam 5 petang dan hanya mengambil air kosong. Tambah Johan, tujuannya menurunkan berat badan adalah demi menjaga kesihatan. Netizen yang turut mengikuti temubual itu mulai menunjukkan minat untuk turut melakukan diet sama. Netizen yang teruja dengan perubahan Johan juga bermurah hati berkongsikan beberapa tips menurunkan berat badan antaranya menggunakan kaedah intermittent fasting (berpuasa), bersenam dan menggunakan kaedah diet atkins. Terdahulu, Johan pernah mempunyai berat badan sehingga 95 kilogram (kg) dan kini berjaya menurunkan sehingga 73kg. - CARI
|
20
Bagus |
15
Marah |
28
Terkejut |
25
Sedih |
30
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
innocentsangat replied at 6-8-2018 04:55 PM
Potong rambut bg nampak wangi sikit please. Haha
Duta lover replied at 6-8-2018 11:26 PM
Terharu tgk isteri yang peka pemakanan suami. Rajin suruh suami senaman bagai. Sbb masih byk jenis ...
ADVERTISEMENT