Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, didakwa menerima wang berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya hasil aktiviti penggubahan wang haram.
Memetik BH Online, wang berkenaan dipindahkan mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank, Bangunan AmBank Group, No 55 Jalan Raja Chulan, antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 yang mempertuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Najib juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada pengakuan Najib direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 1 bagi diambil pengakuan. Najib sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - CARI
|
9
Bagus |
13
Marah |
17
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kelana36 replied at 8-8-2018 12:03 PM
semoga macai yang selalu tanya 'bila nak dakwa?' sudah boleh berlapang dada...
noell replied at 8-8-2018 01:49 PM
#percumanajib
#percumanajib
#percumanajib
ADVERTISEMENT