Foto : Joe Arridy Joe Arridy dilahirkan pada tahun 1915, juga mempunyai masalah mental dan mempunyai tahap IQ hanya 46 telah dituduh melakukan kesalahan rogol dan bunuh terhadap seorang budak perempuan 15 tahun pada tahn 1936. Joe dihukum mati dengan cara paling kejam, iaitu gas chamber; diracun dengan gas sehingga mati. Namun begitu, pertuduhan itu telah disangkal dan Joe dibuktikan tidak bersalah hanya setelah dia disabitkan hukuman. Pada ketika itu, pegawai penjara dan komuniti setempat telah mengadakan petisyen untuk mengubah hukuman Joe daripada hukuman mati ke penjara seumur hidup.
Satu perbicaraan telah diadakan untuk mengesahkan kewarasan Joe, namun peguam Joe tidak berjuang sama sekali berkenaan tahap kesihatan metal Joe yang tidak dapat membezakan yang mana satu betul dan salah. Akhirnya Joe dihukum mati. Di akhir waktu hidupnya, Joe meminta untuk makan ais krim dengan banyak tanpa mengetahui bahawa itu adalah makanan terakhirnya. Joe terkenal dengan sikap periang dan hanya tahu bermain dengan kereta api mainan pemberian seorang anggota warden penjara pada ketika itu. Joe jugak sangat disegani oleh banduan serta pegawai penjara yang lain. Pada waktu akhir hukuman, Joe diarahkan untuk memberi kereta api mainan tanpa mengetahui dia akan dihukum mati. Joe menyerahkan mainannya dengan senyuman sebelum melangkah ke bilik gas untuk diracun sehingga mati. Apabila ditanyakan mengenai hukuman yang akan dia lalui, Joe kelihatan bingung dan jelas tidak mengetahui apa yang akan dihadapi. Joe hanya tersenyum ketika dibawa ke bilik hukuman dan kelihatan gugup dan perlu ditenangkan oleh pegawai ketika hukuman sedang dijalankan. Pada tahun 2011, Governor Colorado telah menganugerahkan pengampunan selepas mati (posthumous pardon) kepada Joe dan mempercayai bahawa Joe Arridy adalah tidak bersalah dan mangsa kepada undang undang yang tidak sistematik dan tidak adil pada ketika itu. Warden penjara mengatakan - "The man you kill tonight is six years old. He has no idea why he dies." - CARI |
19
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
28
Sedih |
19
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 13-8-2018 02:09 PM
Siapa pembunuh sebenar budak perempuan tu?
mieymiey replied at 13-8-2018 02:09 PM
Siapa pembunuh sebenar budak perempuan tu?
bawangkecik replied at 13-8-2018 02:14 PM
frank aguilar. Dia mengaku bersalah then kena hukum gantung dua tahun sebelum joe dihukum mati
bawangkecik replied at 13-8-2018 02:14 PM
frank aguilar. Dia mengaku bersalah then kena hukum gantung dua tahun sebelum joe arridy dihukum ...
bawangkecik replied at 13-8-2018 02:14 PM
frank aguilar. Dia mengaku bersalah then kena hukum gantung dua tahun sebelum joe dihukum mati
haliamerah replied at 13-8-2018 02:40 PM
pembunuh sebenar kena hukum gantung 2 thun sebelum joe dihukum mati,,tapi joe still jugak kena huk ...
fish replied at 13-8-2018 02:41 PM
confuse. sebelum atau selepas?
mieymiey replied at 13-8-2018 02:42 PM
Dah digantung 2 tahun sebelum Joe dihukum mati? Dah tau pelaku sebenar, kenapa nak teruskan hukuma ...
bawangkecik replied at 13-8-2018 02:45 PM
sistem penghakiman yang tak adil
mieymiey replied at 13-8-2018 02:55 PM
2 penjenayah dihukum?
Chuols ada link tak?
ADVERTISEMENT