Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memohon maaf dan menarik semula kenyataanya semasa sidang media selepas pertemuan dengan wakil transgender, Nisha Ayub.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyedari kenyataannya telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat, terutamanya isu penggunaan tandas awam. "Kenyataan Jumaat lalu bukan muktamad mahupun arahan, hanya sekadar respons spontan saya. Ingin saya tegaskan, tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgender berkongsi tandas awam dengan wanita, sebaliknya hanyalah "maybe.." dan "if... "Sama juga dalam hal berkaitan saf solat. Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam dengan kekeliruan yang berlaku dan juga menarik semula kenyataan yang kurang sesuai." Berita Harian melaporkan, hal berkaitan transgender sesuai dibicarakan lanjut kelak oleh pihak mufti. "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah pun menjalankan kerja dakwah secara 'engagement' terhadap pelbagai kumpulan sasaran terutama dalam isu transgender. "Namun, pendekatan dakwah secara engagement bukan bermakna saya atau kerajaan sokongan perlakuan Lesbian, Gay Biseksual, Transeksual (LGBT)." Tambahnya, kesukaran golongan transgender mendapatkan pekerjaan disebabkan peraturan oleh majikan, adat dan budaya antara faktor mendorong mereka menjadi pekerja seks. "Namun, kita tidak boleh nafikan hak asas pelaku LGBT sebagai manusia untuk didekati, dibimbing, mendapat pekerjaan, mendapat pelanggan bagi perniagaan, rawatan apabila sakit, bantuan apabila memerlukan, tidak dihina dan dikutuk. "Hak asas yang wajar dinikmati oleh setiap warganegara selagi mana ia tidak mengancam hak yang lain secara jelas. -CARI
|
31
Bagus |
41
Marah |
49
Terkejut |
29
Sedih |
24
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
budaktua replied at 13-8-2018 12:08 PM
apa yg dia tarik balik..?
klu ikut cerita tu... dia kata...'may b' @ 'if'...
jcopy replied at 13-8-2018 12:00 PM
bila yang bodoh2 turun mengundi lebih ramai dari yang pandai2
dapat la menteri agama selevel buda ...
JohnnySins replied at 13-8-2018 12:16 PM
hang rasa mujahid ni baca ka hujah2 bernas hang kat thread sebelah tu bro...wakakakakakkakaa
jcopy replied at 13-8-2018 12:23 PM
jaid kata dia ambik pendekatan cara engagement, macam la selama ni tarak pendakwah pernah buat car ...
ADVERTISEMENT